KUALA LUMPUR: Ahmad Idham meluahkan kekecewaannya terhadap Finas yang tidak membuka peluang untuk filem arahannya menyertai pasaran filem di Cannes.
Bagaimanapun, "Lari" berjaya juga dibawa ke sana dengan bantuan syarikat luar yang melihat potensi filem tersebut.
Menurut Idham, dia ralat apabila Finas tidak menguar-uarkan kepada penerbit tentang penyertaan Malaysia ke Cannes.
Dia hanya dimaklumkan selepas Finas memilih empat filem iaitu "Penanggal", "Kil", "Vikingdom" dan "Bola Kampung The Movie" untuk menyertai slot "Marche du Film".
"Lari" mendapat perhatian syarikat luar ketika filem ini dibawa ke Bangkok untuk proses suntingan.
Menerusi rundingan dengan beberapa pihak, "Lari" atau judul bahasa inggerisnya, "The Run" akan turut menyertai slot "Marche du Film".
Diterbitkan Excellent Pictures miliknya, filem lakonan Aaron Aziz, Dira Abu Zahar dan Hazama itu menelan belanja sebanyak RM2.5 juta.
Filem yang mengangkat isu pemerdagangan manusia ini ditayangkan di pawagam mulai 6 Jun.
Berita mula diterbitkan pada: Mei 17, 2013 18:35 (MYT)
Tag: ahmad idham, lari, cannes
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.