"Coklat Kek" single terbaru Fazley


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Coklat kek, single, terbaru, Fazley, Datuk, Dr. Fazley Yaakob, Penyanyi, Pelakon, Pengacara, Masterchef Selebriti

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara, Dato’ Fazley Yaakob akan melancarkan single terbaru berjudul “Coklat Kek” yang dikatakan mempunyai hubung kait dengan masakan dan pengalamannya sebagai juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012.

Menurut Fazley, beliau telah berkolaborasi bersama seorang penyanyi Perancis dalam menjayakan single terbarunya itu.

“Perkembangan saya dalam masa terdekat ini adalah melancarkan single terbaru yang ada kena mengena dengan masakan berjudul Coklat Kek sebelum sambung pembelajaran saya di Paris selama tiga bulan,” kata Fazley.

Selain itu, pada masa lapang Fazley mengakui lebih gemar menghabiskan masa lapang bersama anak-anaknya di rumah sambil mendalami bidang masakan khususnya pencuci mulut dan manisan.

“Bagi saya pencuci mulut ini adalah satu keperluan. Semua orang pun sukakan pencuci mulut termasuk juga kepada mereka yang sedang berdiet. Oleh itu saya kini cuba mempelajari lebih banyak masakan jenis ini,” jelas Fazley dengan teruja.

Berikut adalah sesi temubual Astro Awani bersama Fazley di belakang pentas sewaktu pelancaran aplikasi Astro On-The-Go di Sunway Piramid pada Sabtu.



Menerusi pelancaran tersebut, Fazley mewakili rancangan Masterchef Selebriti bertanding dengan pelakon, Sherry Ibrahim dalam penyediaan makanan terbaik.

Mahupun Fazley kalah kepada Sherry pada pusingan itu, beliau ternyata berjaya memenangi hati para pengunjung dengan gelagat yang menghiburkan semua.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 20, 2013 08:25 (MYT)

Tag: Datuk, Dr. Fazley Yaakob, Penyanyi, Pelakon, Pengacara, Masterchef Selebriti

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers