Teks & Foto oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 20 MEI 2013: Setelah lebih kurang lima bulan menjalani rawatan akibat terlibat dalam kemalangan pada pertengahan Disember lalu, suami kepada penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin iaitu Dato' Seri Khalid Mohd Jiwa kini telah pulih hampir sepenuhnya.
Melihat kepada perkembangan postif kesihatan suaminya itu, Siti Nurhaliza berkata dia dan Dato Seri Khalid Mohd Jiwa atau Dato' K telah merancang untuk pergi bercuti di dalam Malaysia.
"Agak lama kami tidak bercuti lebih-lebih lagi selepas Dato' K ditimpa kemalangan. Jadi kami merancang hendak pergi bercuti dan berehat bersama tidak lama lagi. Oleh kerana Dato' K masih lagi memerlukan rawatan susulan, kami hanya akan bercuti di dalam negara sahaja. Mungkin kami akan bercuti ke Pulau Pinang.
"Namun, saya rasa kami tidak akan mengambil masa yang lama kerana saya pun banyak urusan yang belum diselesaikan selain bidang nyanyian saya juga kini sibuk mempromosikan SimplySiti untuk produk haruman terbaru bagi lelaki," katanya kepada murai.com.my
Mengulas mengenai kesihatan suaminya, Siti gembira kerana suaminya semakin pulih dan kembali melakukan senaman di gym bersama-sama.
"Jika hendak diikutkan, Dato' K belum sihat sepenuhnya tetapi saya nampak kesihatannya sudah semakin baik dan dia juga sudah boleh bergerak normal seperti mana dulu.
"Kami juga sudah boleh pergi gym bersama-sama dan melakukan aktiviti seperti kick boxing sepertimana yang kami lakukan sebelum dia ditimpa kemalangan," jelasnya lagi.
Ditanya, adakah Siti bakal membenarkan suaminya kembali melakukan aktiviti sukan bermotor lagi, Siti memberitahu dia sudah pun melarang suaminya untuk melakukan aktiviti yang sedemikian.
"Saya rasa dia pun sudah serik untuk naik motor tetapi terus-terang saya sendiri sudah melarangnya untuk kembali melakukan aktiviti lasak itu. Hingga kini Dato' K perlu berhati-hati kerana tangan dan jarinya masih belum kuat untuk memegang atau mengangkat barang berat, apatah lagi menunggang motor," luahnya lagi.
Siti Nurhaliza baru sahaja melancarkan laman web rasminya di www.simplysiti.com.my. Laman web tersebut diwujudkan bagi memudahkan peminatnya serta pelanggan SimplySiti untuk mendapatkan informasi mengenai aktiviti seninya dan produk kecantikannya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.