Adibah Noor mahu penggiat seni dipandang tinggi


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Adibah Noor, Mahu, Penggiat, Seni, Dipandang, Tinggi

KUALA LUMPUR: Adibah Noor yang menyifatkan penggerak seni mempunyai kemahiran yang sama seperti tenaga kerja lain berharap pentadbiran baru akan lebih menghargai penggiat hiburan tempatan.

Menurut Adibah, bidang seni selalu dipandang sebelah mata mahupun industry kreatif turut terlibat sama dalam menjana ekonomi Negara.

“Mengapa para penggiat seni sering diketepikan, tidak terjaga dan tak terbela berbanding negara lain. Saya berharap agar bidang ini akan terus dihargai dan diangkat setaraf dengan industry professional yang lain,” katanya dengan penuh harapan.

Aktif sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara, Adibah kini sibuk dengan teater muzikal “Chow Kit Road! Chow Kit Road!” yang dipentaskan di Istana Budaya.

Teater muzikal itu dibarisi pelakon seperti Anding, Nadia Aqilah, Adibah Noor, Tony Eusoff, Shantini Venugopal dan Junji Delfino.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 12, 2013 09:52 (MYT)

Tag: Adibah Noor, Chow Kit Road, Profesional, pelakon, penyanyi

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers