KUALA LUMPUR, 21 MEI 2013: Jangan terkejut jika anda pernah terjumpa dengan trak berbalut wajah penyampai Suria FM di sekitar Lembah Klang. Ya, kini Suria FM mempunyai sebuah trak yang beroperasi bermula 10 Mei 2013 yang lalu sehingga 9 Jun 2013 ini dan Suria FM adalah stesen radio pertama yang mempunyai trak seumpama itu.
Trak ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan maksimum kepada semua warga kota. Jika sebelum ini anda pernah terlihat iklan Suria FM di papan-papan iklan seluruh Malaysia atau di dada bas-bas sekitar Lembah Klang, satu lagi idea promosi telah tampilkan melalui trak Suria FM ini. Trak ini dihiasi dengan wajah-wajah penyampai Suria FM iaitu Halim Othman, Adibah Noor, Reza Mohamed, Seri, Linda Onn, Bob Ringgo dan DJ Lin.
Trak ini dijadualkan bergerak pada waktu pagi dan juga malam. Pada waktu malam, keseluruhan badan trak ini akan bercahaya. Lebih istimewa, trak ini turut memasang siaran Suria FM di sepanjang perjalanan untuk menarik perhatian orang yang lalu disekitarnya.
Menurut Pengurus program Suria FM, Adiwati Zainuddin, Trak Suria FM ini adalah satu usaha yang berterusan untuk Suria FM terus dikenali. Ia memberikan pendedahan tentang Suria FM dan penyampai-penyampai Suria FM kepada masyarakat.
"Jadi, ia akan memperkukuhkan Suria FM dalam ingatan pendengar," katanya.
Bagi anda yang telah melihat trak Suria FM, anda dialu-alukan untuk mengambil gambar bersama dengan trak kami dan muat naiknya di laman Facebook Suria FM atau Twitter Suria FM. Like kami di Facebook, Suria FM dan follow kami di Twitter, @suriafmradio. Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.suriafm.com.my dan terima kasih buat anda yang telah memilih kami.
Wahhhh...mcm best...is ada sekalitkngan trak tu...klu ada leh lan cari....cewahhh...nie lan dtg komen sambil klik nuff tuk tabung yaa
ReplyDeleteperrghhh kalau is ada skali kat situh sure punya wartawan tak ambik gambar dorang, wartawan ambik gamba is, blogger terlampau hehehe alien ada kat bumi herharharhar. ok time untuk balas tabungan tunggu.......
Delete