India cadang longgarkan tapisan filem


Bollywood, Artis India, Mumbai, India, Cadang, Longgarkan, Tapisan, Filem

MUMBAI: Lembaga Penapisan Filem India merancang untuk melonggarkan penapisan filem Bollywood setelah menapis ribuan filem daripada babak ciuman mesra hinggalah ke aksi keganasan.

Diasaskan sewaktu penjajahan British pada 1920-an untuk menapis filem Amerika Syarikat yang berbaur anti-British, lembaga berkenaan telah menapis filem dari India yang berasaskan politik radikal.

"Peraturan berkenaan dah lapuk. Kita perlu menggantikanya dengan peraturan yang moden dan babak sebenar. Sistem nilai masyarakat India telah berubah maka penapisan pun seharusnya begitu," kata R. Singh, setiausaha bersama Jabatan Filem New Delhi.

Kerajaan cuba menunjukkan keterbukaan sewaktu Festival "Cut-Uncut" di ibu negeri baru-baru ini dengan memaparkan klip filem yang telah ditapis buat pertama kali sebagai sebahagian sambutan 100 tahun industri filem India.

Pengarah Ramesh Sippy yang menghasilkan filem blokbuster Hindi "Sholay" pada 1975 berkata beliau dipaksa untuk mengubah plot filemnya kerana dikatakan memaparkan keganasan.

"Lembaga penapisan berkata mereka akan mengajar saya bagaimana untuk menyudahi sesebuah filem. Saya dikehendaki untuk membuat penggambaran semula bagi pengakhiran babak berkenaan. Saya tahu jika saya membantah maka filem saya tidak akan dikeluarkan."

Pembikin filem di Selatan India K. Hariharan berkata beliau cemas seperti pelajar menunggu keputusan peperiksaan sewaktu lembaga menonton filemnya.

Beliau berpendapat inilah masa untuk membubarkan lembaga berkenaan kerana badan itu merupakan serpihan kolonial dan menghalang kebebasan bersuara.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 10, 2013 13:11 (MYT)

Tag: tapisan filem, India, Bollywood, British, Amerika Syarikat, New Delhi, Cut-Uncut

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers