J-Lo bakal buat persembahan malam kemuncak American Idol


Hollywood, Artis Amerika, American Idol, J-Lo, Jeniffer Lopez, Bakal, Buat, Persembahan, Malam, Kemuncak

KUALA LUMPUR: Bekas juri program American Idol, Jennifer Lopez bakal membuat persembahan istimewa pada malam kemuncak pertandingan itu yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Mei ini.

Sumber memberitahu E Online berkata, kemunculannya itu adalah bagi mempromosikan single terbaharunya yang akan dilancarkan pada 8 Mei ini.

Turut timbul adalah spekulasi Jennifer atau lebih mesra dengan sapaan Jlo bakal kembali sebagai juri pada musim akan datang menggantikan Mariah Carey.

"Akan ada pertukaran juri untuk musim hadapan kerana pihak produksi merasakan gabungan perbezaan personaliti di antara Mariah dan Nicki Minaj nampaknya tidak dapat memberikan impak kepada penonton program itu," jelas sumber itu.

Bagaimanapun wakil produksi American Idol memberitahu berita berkenaan adalah mengarut dan tidak masuk akal hanya kerana Jlo akan muncul pada pertandingan akhir program itu.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 10, 2013 10:43 (MYT)

Tag: Jennifer Lopez, American Idol, 15 &16, Mei

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers