Candice Glover juara American Idol 12


Hollywood, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, Candice Glover, Juara, American Idol 12

LOS ANGELES: Selepas tiga kali mencuba nasib untuk menyertai siri realiti American Idol, Candice Glover akhirnya dinobatkan sebagai juara musim ke-12.

Gadis berusia 22 tahun itu menewaskan saingan terdekatnya, Kree Harrison.

Kemenangan Glover menyaksikan penyanyi wanita berkulit hitam kembali mengungguli takhta itu selepas Jordin Sparks pada musim keenam.

Selepas Sparks, penonton American Idol memilih pemenang lelaki selama lima musim berturut-turut, termasuk Philip Phillips.

Selepas pengumuman kemenangannya, Glover menyanyikan lagu "I Am Beautiful" yang menjadi single pertamanya.

Pada malam persembahan, antara lagu yang dinyanyikan Glover termasuk "Inseparable" duet bersama Jennifer Hudson.

Musim ke-12 turut menyaksikan Randy Jackson mengucapkan selamat tinggal kepada program itu selepas setia sejak American Idol bermula.

Juri lain termasuk Mariah Carey, Keith Urban dan Nicki Minaj.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 17, 2013 18:38 (MYT)

Tag: candice glover, american idol

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers