Enrique, Anna kahwin minggu depan


Hollywood, Artis Amerika, Selebriti, Miami, Enrique, Enrique Iglesias, Anna Kournikova, Kahwin, Minggu, Depan

MIAMI: Selepas berpacaran selama 12 tahun akhirnya Enrique Iglesias dan Anna Kournikova bakal melangsungkan perkahwinan di Miami dengan kehadiran ramai selebriti terkenal.

Penyanyi berusia 38 tahun itu sebelum ini dikatakan tidak ingin berkahwin kerana tidak mempercayai institusi perkahwinan.

Namun, dia berubah fikiran setelah dipujuk beberapa kali oleh bintang tenis dari Rusia itu.

Bakal berlansung minggu depan, antara tetamu yang dijangka hadir termasuk Nicole Sherzinger, Jennifer Lopez dan Eva Longoria.

Sumber mengatakan Kournikova, 31 tahun inginkan sebuah perkahwinan yang mewah dan besar-besaran.

Mula berpacaran pada tahun 2001, pasangan ini sudah beberapa kali digosipkan beberapa majalah terkemuka bahawa mereka sudah berkahwin secara sembunyi.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 11, 2013 16:23 (MYT)

Tag: Enrique Iglesias, Anna Kournikova, kahwin

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers