Shuib-Sarah Belum Putuskan Nama Anak Kedua


Teks oleh Kheme Rosly

Malaysia, Artis Malaysia, Selebriti, Shuib, Sarah, Belum, Putuskan, Nama, Anak, Kedua

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 20 MEI 2013: Sebelum ini di portal Murai ada artikel yang melaporkan kemungkinan nama anak kedua pasangan Shuib dan Siti Sarah ialah Dzakira Talita Zahra, ini kerana selepas melihat entri dan hashtag di Instagram milik pelawak tersebut.

Namun Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad ketika dihubungi portal Murai semalam memberitahu dia belum memutuskannya lagi. Tetapi impian yang dihajatinya untuk memiliki sepasang cahayamata saat bergelar suami kepada Siti Sarah Raisuddin telah pun tercapai.

Siti Sarah yang popular dengan lagu Kesetiaan itu selamat melahirkan bayi perempuan dan berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang komplikasi.

Shuib ketika dihubungi sedang dalam perjalanan pulang daripada hospital setelah menjemput Sarah yang discaj pada hari ini selepas melahirkan anak kedua mereka itu pada hari Jumaat lepas, 17 Mei 2013.

"Syukur, Alhamdulillah bila hajat saya telah pun ditunaikan oleh Allah SWT. Memang masa berkahwin dulu saya dah impikan untuk dapat anak pertama lelaki dan kedua perempuan. Terima kasih juga kepada isteri kerana menyempurnakan hajat saya.

"Anak kedua kami lahir pada pukul 4.46 petang, Jumaat , 17 Mei 2013. Dia telah memutuskan untuk menjalani pembedahan dan syukur semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi. Kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat.

"Nama sahaja kami belum tentukan. Memang pada mulanya nak namakan dia Dzakira Talita Zahra. Tetapi itu hanya rancangan awal. Nak tengok juga karektor dan pembawakannya sesuai ke tidak dengan nama itu.

"Kalau bukan nama itu sekalipun, salah satu daripadanya akan ada pada nama anak kedua saya nanti. Tetapi memang itulah nama yang dipersetujui pada awalnya,"cerita Shuib yang sejak awal sudah mengetahui jantina anak keduanya itu.

Bercakap mengenai rencananya untuk menambah bilangan anak, Shuib berkata dia dan Sarah ingin berehat dahulu kerana Siti Sarah ingin kembali fokus dalam dunia nyanyian setelah lama berehat semenjak mendirikan rumahtangga pada 2011.

"Anak pertama dahulu, Uwais Alqarni pun bersalin melalui pembedahan dan kali ini pun sama. Menurut doktor Sarah masih boleh mengandung tetapi rasanya kami mahu fokus pada yang ada ini sekarang.

"Lagipun Sarah sedang merancang untuk kembali aktif dalam dunia nyanyian. Saya nak bagi dia buat benda yang dia suka iaitu menyanyi. Rasa saya dah cukup buat masa ini. Tetapi rezeki Allah SWT yang beri, kalau ada lagi kami terima,"tambahnya lagi.

Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers