Bell dominasi pencalonan AIM Chinese


KUALA LUMPUR: Artis baru, Bell mendominasi pencalonan Anugerah Industri Muzik (AIM) Chinese ke 3.

Bell menerima 10 pencalonan, diikuti Z-Chen yang mendapat lapan percalonan.

Walaupun masih setahun jagung Bell berjaya mengungguli dengan 10 pencalonan.

Menerusi album Shi Er Yue Er Shi Yi Ri, Bell dicalonkan dalam kategori artis baru terbaik, album terbaik, lirik terbaik dan penulis lagu terbaik.

Dominasi, pencalonan, AIM Chinese, Anugerah Industri Muzik, AIM, Chinese, Bell, Shi Er Yue Er Shi Yi Ri


Sementara itu, artis lelaki Z-Chen cemerlang dengan lapan pencalonan menerusi album In Love With...

Antara pencalonan In Love With... adalah persembahan artis lelaki vokal terbaik, album terbaik, lagu terbaik dan penulis lagu terbaik.

AIM Chinese 2013 yang mempertandingkan 16 kategori diadili juri profesional yang diketuai Gray Ng Kim Wah.

Malam keputusan bakal berlangsung pada 6 Julai di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

Kali terakhir AIM Chinese dipertandingkan ialah pada tahun 2001.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 21, 2013 17:46 (MYT)

Tag: Anugerah Industri Muzik (AIM) Chinese, Bell, Shi Er Yue Er Shi Yi Ri

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers