Ligamen putus semakin sembuh, Farish kembali mengacara

KUALA LUMPUR: Setelah hampir tiga bulan berehat, pengacara dan pelakon, Farish Aziz yang mengalami kecederaan di kaki sewaktu bermain bola sepak dilihat mula bergiat aktif dengan mengacarakan acara pelancaran Astro On The Go di Sunway Pyramid.

Farish berkata, kecederaan yang semakin sembuh dan tidak perlu lagi memakai tongkat semasa berjalan membuatkan dia menerima tawaran mengacara acara itu.

“Pada mulanya saya menjangka kecederaan ini akan sembuh paling kurang dalam masa enam bulan, namun Alhamdulillah saya sudah boleh berjalan seperti biasa sekaligus membolehkan saya bergiat aktif sebagai pengacara dan pelakon,” kata Farish kepada Astro Awani.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ligamen, putus, semakin, sembuh, Farish, kembali, mengacara, Farish Aziz, On The Go, Pengacara, Cedera


Mahupun sudah lama tidak beraksi, Farish dilihat berjaya menghiburkan pengunjung yang hadir.

Berikut klip video sesi temubual Astro Awani bersama Fazley di belakang pentas sewaktu pelancaran aplikasi Astro On-The-Go di pada Sabtu.




Turut hadir memeriahkan majlis pelancaran tersebut, Aaron Aziz, Johan Maharaja Lawak, barisan pelakon Oh My English, Izzue Islam dan Harun Salim Bachik.

Dalam perkembangan lain, Farish memaklumkan dia kini tidak lagi bertugas sebagai deejay di radio Suria FM di Sabah. Kini kerjaya seninya kembali bertumpu di Kuala Lumpur.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 21, 2013 06:59 (MYT)

Tag: Farish Aziz, On The Go, Pengacara, Cedera

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers