KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Aaron Aziz mengakui sudah lebih empat tahun tidak ke gimnasium selain menganggap adegan aksi lasak yang sering digalas dalam pengambaran sudah cukup dijadikan sebagai senaman.
Menurutnya, beliau lebih gemar meluangkan masa lapang di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga daripada melakukan urusan lain seperti gimnasium dan sebagainya.
Berikut merupakan sesi temubual Astro Awani bersama Aaron di belakang pentas sewaktu pelancaran aplikasi Astro On-The-Go di Sunway Piramid pada Sabtu.
Aaron baru-baru ini membintangi filem “Lari” arahan pengarah filem terkenal, Ahmad Idham mengangkat isu pemerdagangan manusia.
Mengisahkan Khaliff lakonan Aaron yang berkhidmat sebagai tentera selama tujuh tahun berdepan konflik di mana ayahnya dibunuh sementara adiknya, Ina lakonan Erin Malek dilarikan oleh sindiket pemerdagangan manusia.
"Aksi Lari memang mencabar. Boleh dikatakan aksi filem paling mencabar yang pernah saya buat. Pukul betul-betul, tak ada 'camera trick”, jelas Aaron.
Lari mula ditayangkan 6 Jun ini di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Berita mula diterbitkan pada: Mei 19, 2013 07:33 (MYT)
Tag: Aaron Aziz, Astro On The Go, artis, Gimnasium
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.