Si comel biru 'The Smurfs 2' kembali

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Si, comel, biru, The Smurfs 2, kembali
The Smurf 2, lebih aksi

Si comel biru 'The Smurfs 2' kembali


BAGI peminat si biru kecil yang comel ini, anda pasti mengingati aksi mereka menerusi filem The Smurf pada tahun 2011. Filem yang juga diadaptasi daripada komik ini mendapat sambutan yang luar biasa di seluruh dunia.

Kini, sekuel kepada filem animasi aksi komedi kembali dengan aksi yang lebih mencuit hati. Tidak hanya memaparkan makhluk-makhluk comel, filem ini juga turut memaparkan jalan cerita yang menarik untuk ditonton.

Kali ini menyaksikan ahli sihir jahat, Gargamel yang telah mencipta beberapa makhluk nakal dan menyerupai Smurf yang diberi nama Naughties dengan harapan ia akan memberikannya kuasa ajaib.

Bagaimanapun, apabila dia menyedari hanya Smurf boleh memberikan apa yang diinginkannya itu dan Smurfette tahu sihir rahsia yang berupaya menukar Naughties kepada Smurf tulen, Gargamel bertindak menculik Smurfette dan membawanya ke Paris di mana dia telah disanjung tinggi sebagai ahli sihir terunggul dunia.

Kini, terpulang kepada Papa, Clumsy, Grouchy dan Vanity bersama-sama rakan manusia, Patrick dan Grace Winslow untuk menyelamatkan Smurfette! Pada masa yang sama, adakah Smurfette yang selalu berasakan dirinya berbeza daripada Smurfs lain merasai ada hubungan dengan The Naughties, Vexy dan Hackus?

Mesej seiring

Tampil lebih menarik daripada filem pertama, The Smurfs akan membawa penonton bersama-sama menikmati keindahan kota cinta, Paris apabila Smurfette diculik oleh ahli sihir jahat.

Menariknya, pelbagai peristiwa lucu berlaku dalam usaha Smurfs yang lain menyelamatkan Smurfette. Apatah lagi, kehadiran Naughties yang menyerupai Smurfs membuatkan Smurfette seolah-olah melupai 'keluarganya' dan lebih selesa bersama 'musuhnya'.

Tidak hanya memaparkan aksi lucu semata-mata, Gosnell turut menyelitkan mesej-mesej berguna yang perlu diingati oleh penonton.

Dua versi

Lebih menarik kali ini, The Smurf 2 tampil dengan dua versi bahasa iaitu English dan Melayu di mana suara selebriti terkenal tanah air akan memberi kelainan dalam filem The Smurfs 2 versi bahasa Malaysia yang akan ditayangkan di pawagam bermula 8 Ogos ini.

Penerbit alih bahasa tersebut, Wan Muhamad Wan Abdul Rahim berkata, pihaknya optimis versi berkenaan mampu menarik minat penonton untuk menonton di panggung wayang terutamanya di kalangan penonton berbangsa Melayu.

Antara selebriti yang terlibat dalam alih suara untuk versi The Smurfs 2 ini ialah Datuk Aznil Nawawi sebagai Gargamel, Hafizuddin Fadzil (Papa Smurf), Lisa Surihani (Smurfette), Zizan Razak (Vanity), Elfira Loy (Vexy) dan Ray (Grouchy).

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers