Hafiz Hamidun |
Hafiz Hamidun cetus trend baru
DI atas permintaan peminat terhadap album terdahulu yang begitu memberangsangkan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun kini tampil kembali dengan album terbarunya, Zikir Terapi 2.
Menurut Hafiz, album yang memuatkan 11 lagu itu dicipta sepenuhnya olehnya dan dia juga bertindak sebagai penyusun muzik dan juru adun untuk kesemua lagu.
Hafiz mengakui semua kerja dilakukan sendiri agar sentuhan terapi yang dihasilkan ini masih menepati standard yang diinginkan.
“Apa yang saya impikan adalah untuk menjadikan zikir ini satu fenomena serta ‘trend’ dan kalau boleh saya nak tengok dan dengar orang sentiasa berzikir walau di mana sekalipun.
“Contohnya, macam kita dengar orang menyanyi, di mana sahaja pasti kita akan kedengaran suara-suara berkumandang jadi selepas ini tiada salahnya jika mereka semua berzikir sambil berjalan.
“Lebih membanggakan lagi jika mereka berzikir mengikut melodi ‘zikir terapi diri’ pastinya saya akan tersenyum gembira,” katanya.
Tambah Hafiz lagi, sebolehnya dia mahu berkongsi bakat yang dimiliki bersama masyarakat tambahan pula manfaat yang diterima begitu berharga.
“Saya sangat bersyukur dengan bakat yang ALLAH kurniakan, dengan bakat ini saya luahkan menjadi hasil seni untuk dikongsi sebagai medium dakwah dan dengan zikir–zikir inilah saya merantau ke seluruh pelosok tanah air," katanya. Antara zikir yang dimuatkan di dalam album ini ialah Rabbi Zidni, Ilahi Last, Zaljalali Wal Iqram, Malikul Haq, Allahu Ya Rahman, Maghfirah, Tubna Ilallah, Subhanallah Walhamdulillah, Karimu Antallah, Rabbibil Mustofa dan Habib.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.