Didie Alias |
Aidilfitri Didie Alias tanpa ayah
KEHILANGAN insan tersayang sudah pasti menyentuh hati terutama apabila menjelang sambutan Aidilfitri.
Pelakon dan pengacara, Didie Alias turut tidak terkecuali apabila ayah tercinta pergi menyambut seruan Illahi, tahun lalu.
Didie mengambil kesempatan untuk menemani ibunya di Melaka sempena Aidilfitri kali ini, sebelum pulang ke Negeri Sembilan.
“Raya tahun ini tak berapa meriah sangat kerana ini tahun pertama saya beraya tanpa ayah.
“Tahun lepas, pada hari raya ayah saya meninggal dunia. Jadi, tahun ini kami hanya menemani ibu di Melaka. Kemudian, baru kami pulang ke Negeri Sembilan pula,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Menurutnya, kehilangan tersebut begitu dirasai pada malam terawih pertama.
“Memang perasaannya berlainan. Kita dapat rasa pada terawih yang pertama lagi. Malam itu mak telefon saya dan suara dia ‘low’ sangat. Iyalah orang tua kan, ke mana-mana mereka berdua.
“Masa itu dia sedang dalam perjalanan balik ke rumah selepas terawih, mak telefon. Ketika sedang berbual, tiba-tiba dia berhenti sekejap bercakap. Jadi, saya fahamlah. Sepatutnya, dia balik terawih mesti dengan arwah.
“Saya rasa bersalah dan saya terus balik kampung bawa anak-anak untuk berbuka bersama nenek mereka. Nampaklah mak gembira tapi kita tahu dalam hati dia macam mana sebab pemergian ayah masih baru lagi,” katanya dengan nada sebak.
Bercakap tentang tugasnya sebagai pelakon, isteri dan ibu, Didie akui mengutamakan keluarga pada bulan Ramadan kali ini.
“Untuk bulan puasa kali ini, memang saya kurangkan aktiviti seni. Banyak masa saya di rumah.
“Setiap kali sahur di rumah, sebagai isteri dan ibu, dah memang tanggungjawab saya mengejutkan mereka bangun sahur setiap hari,” katanya.
Didie juga memilih untuk memasak sendiri berbanding membeli juadah di bazaar Ramadan.
“Memang saya suka memasak berbanding beli di bazaar Ramadan. Kadang-kadang menu yang dijual tak memenuhi kehendak kita.
“Menu yang saya masak untuk keluarga macam-macam. Ada saja menu berlainan setiap hari. Anak-anak ‘order’ nak makan spageti, nak makan itu, nak makan ini. Saya masaklah. Saya kan chef mereka di rumah,” katanya berseloroh.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.