Mawi dan ketupat raya

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Mawi, dan, ketupat, raya
Mawi dan Ekin kini bahagia bersama anak sulung mereka, Cahaya Malaika. Foto Sinar Harian Rosli Talib.

Mawi dan ketupat raya


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Mawi, dan, ketupat, raya
Mawi dan Ekin pulang ke Johor untuk beraya. Foto Sinar Harian Rosli Talib.


SIAPA sangka, penyanyi Lagu Jiwa Lagu Cinta, Mawi hebat dalam menganyam ketupat.

Bukan semua orang boleh melakukannya kerana proses menganyam itu agak rumit.

Mawi memberitahu Sinar Harian Online bahawa dia mampu menganyam empat jenis ketupat iaitu ketupat katak, bawang, sate dan pasar.

“Ketupat itu saya anyam sendiri.  Mak saya boleh buat ketupat katak sahaja, bapa saya boleh buat ketupat bawang sahaja dan kakak saya pandai buat ketupat pasar dan ketupat sate.

“Jadi, saya belajar keempat-empat jenis,” katanya ketika ditemui dalam sesi fotografi sempena Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Tidak terkecuali tahun ini, Mawi bakal menyediakan ketupatnya sendiri meskipun sibuk dengan perniagaannya.

“Tahun ini saya akan buat. Memang ketagih nak anyam ketupat. Setiap tahun saya mesti buat.

“Tahun lepas, ketupat sudah siap dianyam oleh mak dan kakak, tapi saya minta daun ketupat itu lagi untuk buat ketupat. Tak apa kalau tak dimasak, saya nak anyam juga,” katanya.

Dalam tempoh sehari, Mawi mampu menyediakan 200 hingga 300 biji ketupat.

Ketika menyentuh soal kenangan bersama arwah bapanya, Ani Ahmad, Mawi akui teringat rutin setiap tahunnya yang membonceng motosikal ayahnya di pagi raya untuk pergi ke masjid.

“Bukan hari raya saja saya kenang arwah bapa saya. Setiap hari saya ingat dia. Insya-ALLAH setiap kali saya balik Taib Andak saya akan pergi melawat kubur dia.

“Kenangan dengan dia di pagi raya untuk ke masjid, saya akan membonceng motosikal yang bapa saya bawa dan saya akan peluk bapa saya. Ini memang setiap pagi raya,” katanya.

Tambahnya, “tapi bila dah tak ada, saya nak peluk siapa ya? Tapi saya tetap bawa motosikal itu juga ke masjid tapi tak ada oranglah di belakang. Dalam perjalanan itu, saya akan terbayang kenangan dengan arwah.

Mawi juga memberitahu, bapanya akan membelikan martabak sardin untuk dirinya setiap hari.

“Kalau bulan puasa, setiap hari bapa saya akan belikan martabak untuk saya. Setiap hari. Mesti. Dulu saya suka sangat martabak sardi, jadi, setiap hari dia belikan untuk saya.

“Sekarang, kalau saya nak makan sardin, isteri saya, Ekin akan masakkan sambal sardin atau sardin masak kicap untuk saya,” katanya.

Berkongsi puasa mereka bersama Cahaya Malaika yang sudah berusia setahun setengah itu, Mawi dan Ekin akui seronok.

“Puasa sebelum ini kurang sedikit tapi kali ini, seronok sebab Cahaya dah pandai nak kuih, nak air. sebelum ini, bila bawa berjalan, dia tidur saja,” kata Ekin.

Mawi menambah, “saya sebagai bapa terlalu teruja sebab saya tak sabar nak bawa anak saya pergi beraya. Saya juga tak sabar nak pakaikan dia baju yang comel-comel untuk kami bawa dia beraya.”

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers