Pretty Ugly beraya bersama. |
Pretty Ugly rindu kad raya
Pretty Ugly berkolaborasi dengan Altimet dalam single terbaru, #1. |
JIKA kita imbas kembali 10 tahun lalu, kad raya boleh dikatakan menjadi satu kemestian yang menambah lagi kemeriahan perayaan Aidilfitri.
Bahkan koleksi kad raya ini akan menghiasi dinding-dinding sepanjang sambutan hari raya.
Band Pretty Ugly yang pernah popular dengan lagu Diari Seorang Lelaki juga tidak terkecuali dalam mengumpul kad raya.
Malah menurut mereka, ia menjadi satu perlumbaan antara mereka bagi melihat siapa menerima paling banyak kad raya.
“Zaman kita, kad raya memang menjadi suatu perkara yang memeriahkan lagi raya.
“Siap bandingkan siapa paling banyak. Bila dah dapat, gantung di dinding,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui dalam sesi fotografi sempena hari raya, baru-baru ini.
Akui perubahan masa membuatkan tradisi itu sudah semakin ditinggalkan, namun ia tetap memberi kenangan manis.
“Ada berlaku di mana saya dapat kad raya sedikit saja. Jadi, saya beli kad raya sendiri dan tulis. Kemudian minta kawan-kawan tandatangan,” kata Neves sambil tergelak kecil mengingat keletahnya ketika kecil.
Tambahnya, “zaman sekarang semua ‘post’di Facebook, Twitter dan Instagram. Lebih ringkas dan mudah. Tapi, mereka tak dapat rasa cara tradisional.”
Berkongsi suka duka Ramadan dan Syawal mereka, Neves dan Jay akui sambutan bulan mulia itu sedikit hambar sejak ketiadaan bapa mereka.
“Terasa juga terutama sekali pada bulan Ramadan sebab kami selalu sahur bersama. Kalau waktu berbuka itu, mungkin dia tak ada atau saya tak ada.
“Ada kuih-kuih kegemaran dia yang selalu dibeli. Jadi, sekarang apabila dia sudah tiada, apa yang kami buat adalah kami akan beli kuih itu untuk mengingat dia,” kata Neves yang bakal beraya di Ampang.
Tambahnya, “menjelang raya, dia selalu pergi ke Jalan TAR untuk beli kuih.”
Dalam perkembangan lain, Pretty Ugly sedang giat mempromosikan single terbaru mereka berjudul #1.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.