Ceritera raya selebriti popular

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Ceritera raya selebriti popular, Zizan Razak, Liyana Jasmay, Erra Fazira, Dira Abu Zahar, Akim, Fouziah Gous


Ceritera raya selebriti popular


KETIBAAN Syawal pastinya amat dinanti-nantikan bukan sahaja mereka yang beragama Islam di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Tentu sekali, pada musim perayaan Aidilfitri inilah kita berpeluang untuk bertemu saudara mara dan mengeratkan silaturahim.

Malah, dalam sebulan berpuasa, tentunya ramai yang sudah mula membuat persiapan raya, seperti menempah atau membeli baju baru. Tidak kurang juga yang mula membuat kuih.

Tidak ketinggalan buat golongan selebriti terkenal yang mempunyai pelbagai cerita menarik menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma Khamis ini.

Ada yang teruja menjadi isteri, beraya bersama keluarga di kampung dan tidak kurang juga yang berduka kerana kehilangan insan tersayang. Ikuti cerita selebriti popular sempena Aidilfitri ini.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Ceritera raya selebriti popular, Zizan Razak, Liyana Jasmay, Erra Fazira, Dira Abu Zahar, Akim, Fouziah Gous
Liyana Jasmay. - Foto ZULFADHLI ZAKI & IHSAN DARI FAISOL MUSTAFA


Teruja beraya dengan suami: Liyana Jasmay

Aktres kecil molek, Liyana Jasmay, 25, mengakui teraju menyambut Syawal buat pertama kalinya bersama suami tercinta, Fathuddin Mazlan, 29.

Menurut Liyana, dia dan suami tidak mempunyai masalah untuk beraya di mana terlebih dahulu kerana mereka berdua tinggal berjiran.

"Kalau bab beraya di mana dahulu memang tidak bergaduh kerana kami tinggal berjiran, jadi senang untuk kami berdua. Apatah lagi pada pagi raya kami sama-sama akan beraya di Taman Melawati terlebih dahulu.

"Pada sebelah tengah hari kami akan pulang ke Melaka bersama keluarga saya dan keesokannya pula akan pulang ke Kuala Pilah untuk beraya bersama keluarganya pula," ujarnya.

Liyana berkata, segala persiapan raya sudah dilakukan lebih awal dan mereka sepakat untuk mengenakan warna hitam pada hari pertama raya dan ungu pada raya kedua.

"Tahun ini saya tak sediakan banyak baju raya kerana tidak mahu membazir. Apatah lagi ada baju raya tahun lalu yang tidak sempat saya pakai," katanya.

Berkongsi pengalaman Ramadan pertama bersama suami, Liyana berkata, dia dan Fathuddin sempat bersama-sama menyambut bulan puasa di Sabah dan dia juga ada masakkan juadah bersahur dan berbuka buat suami tercinta.

"Suami saya tidak cerewet bab makan, asalkan makanan berasaskan sambal, itu memang kegemaran dia. Malah dia ada minta saya masak sambal sardin untuk makan bersahur.

"Memang seronok kehidupan berumah tangga, kerana ada orang yang boleh kita kongsi masalah dan menemani kita setiap masa. Malah walaupun sudah berkahwin, saya masih bersikap gila-gila seperti dahulu dan suami saya pula seorang yang suka membuat lawak. Tapi saya rasa bertuah kerana dia hanya bersikap sebegitu bila bersama saya," ujarnya yang akan bercuti sehingga September.

Dalam pada itu, Liyana akan muncul dalam sebuah rancangan berjudul Oh Kampungku bersama Liyana Jasmay yang akan ke udara pada hari raya nanti.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Ceritera raya selebriti popular, Zizan Razak, Liyana Jasmay, Erra Fazira, Dira Abu Zahar, Akim, Fouziah Gous
Zizan. - Foto ZULFADHLI ZAKI & IHSAN DARI FAISOL MUSTAFA


Zizan teringat kenangan lama

Lain pula ceritanya dengan pelawak, penyanyi dan juga pelakon ini yang terkenangkan kisah rayanya semasa kecil.

Menurut Zizan, dek kenakalannya bermain mercun bersama kawan-kawan, jirannya pernah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Bagaimanapun, dia dan rakan-rakan lain bersyukur kerana mereka tidak ditahan kerana bapa kepada salah seorang rakannya itu juga adalah anggota polis.

"Kalau bercakap mengenai kenangan raya, kenangan ketika kecillah yang paling banyak. Cuma sekarang ini bezanya orang sudah kenal saya dan ke mana saya pergi orang akan tegur.

"Dulu saya dapat duit raya, kini saya pula beri duit raya dan orang yang datang ke rumah juga saban tahun semakin ramai," ujarnya.

Zizan berkata, selain berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara, musim perayaan seperti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama Islam.

"Saya ada juga merancang untuk membuat rumah terbuka kali ini, tetapi tidak pasti pada hari raya ke berapa," katanya yang amat mementingkan kuih raya kerana baginya kuih raya adalah simbol pada hari raya.

Erra Fazira. - Foto ZULFADHLI ZAKI & IHSAN DARI FAISOL MUSTAFA


Erra terbang ke Eropah

Bagi pelakon, penyanyi, pengacara dan model terkenal, Erra Fazira, Aidilfitri tahun ini disambut secara sederhana, sama seperti tahun sebelumnya.

"Selalunya memang sederhana, tapi kali ini lebih sederhana sebab berkemungkinan besar raya ketiga atau keempat saya akan terbang ke Eropah untuk menyelesaikan beberapa penggambaran drama bersiri dan telefilem.

"Ada antaranya yang saya terbitkan sendiri dan ada juga saya hanya sebagai pelakon sahaja. Ia juga melibatkan kerjasama dengan Umie Aida dan mungkin kami ada di sana lebih kurang dua minggu," ujarnya.

Erra berkata, segala persiapan sudah dilakukan lebih awal dan tumpuan lebih diberikan kepada puterinya, Engku Aleesya dan keluarga.

Dalam pada itu, Erra turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika musim perayaan bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Apatah lagi, Erra yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini mengaku kesal dengan sikap lewa pemandu lain.

"Ketika kejadian saya berada di tengah-tengah kesesakan lalu lintas, tiba-tiba ada motor di belakang terus merempuh motor yang saya tunggang.

"Disebabkan motor saya menghalakan ke sebuah lori besar, saya terus mengambil keputusan untuk melepaskan motor saya, yang kemudiannya terperosok di bawah lori.

"Selepas kejadian penunggang tersebut memaklumkan kepada saya brek motornya tidak berfungsi. Saya agak kesal kerana kecuaian orang lain, saya yang jadi mangsa dan saya harap orang lain mengambil iktibar di atas kejadian seperti ini," katanya yang mengalami luka dan lebam di kaki dan tangan.

Beraya tanpa ayah: Dira

Ramadan dan Syawal tahun ini meninggalkan kenangan pahit buat pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar yang di duga dengan pemergian bapa tercinta, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin yang juga bekas Ketua Menteri Melaka.

Dira berkata, dia tidak dapat membayangkan suasana Aidilfitri yang mungkin akan disambut Khamis ini dan pastinya suasana akan banyak berbeza.

“Kemeriahan Aidilfitri tahun ini pasti jauh berubah berbanding sebelum ini kerana ketiadaan ayah. Ayah adalah segala-galanya bagi kami sekeluarga. Dialah ketua keluarga, dialah rakan dan dialah tempat kami mengadu.

“Kehilangannya satu kekurangan dalam keluarga kami. Namun, saya bersyukur kerana dia pergi dalam keadaan tenang, dalam bulan yang baik dan saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana meminjamkan kami seorang bapa yang baik dan sempurna di mata kami ini,” katanya.

Dira, anak bongsu keluarga berkenaan, turut bersyukur kerana diberi peluang untuk menjaga bapanya ketika terlantar sakit sejak lebih sebulan lalu.

“Memang niat saya hendak menjaga ayah sehingga hembusan nafasnya yang terakhir. Alhamdulillah, ALLAH beri saya peluang itu dan kami sekeluarga berada di sisinya ketika dia dijemput Ilahi,” katanya.

Dira berkata, biarpun telah beberapa minggu bapanya pergi menemui Ilahi, namun dia masih terasa sedih dan kehilangan.

"Dia tempat saya mengadu dan saya juga amat rapat dengan arwah. Selepas ini fokus utama saya adalah untuk menjaga ibu, Datin Seri Khalijah Mohd Jedi dan saya juga sudah berjanji dengan arwah untuk menjaga emak," katanya.

Abu Zahar, 74, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Merlimau Pasir, Jasin, Melaka, kira-kira jam 5.45 petang, 12 Julai lalu akibat kencing manis dan masalah buah pinggang.

Kisah nakal Akim

Sementara itu, penyanyi yang kini terkenal dengan lagu Menunggu, Akim mengakui tatkala tiba Lebaran, dia teringat kisah nakal yang pernah dilakukannya ketika zaman persekolahan.

"Ketika itu saya masih kecillah. Kalau setiap kali raya, mesti ibu dan bapa kita ada sediakan duit RM1 untuk tetamu yang datangkan dan saya pula, setiap kali ke sekolah, saya akan ambil RM1.

"Bila diingat balik memang lucu dan kini saya pula mula memberi duit raya kepada tetamu yang datang terutamanya kanak-kanak," katanya.

Menurut Akim segala persiapan raya sudah pun siap dan dia tidak sabar untuk menanti Lebaran kerana ingin menikmati Burasak.

"Burasak adalah makanan orang Bugis, ia adalah pulut yang dimasak dengan santan dan pulut ini dibalut dengan daun pisang. Saya gemar menikmati Burasak yang dimasak oleh mak cik saya dan ia adalah Burasak yang paling sedap yang pernah saya makan," katanya yang akan muncul dalam telefilem Abang Long vs Kak Yong bersama Yana Samsudin pada Lebaran ini.

Ramadan terakhir bujang

Sambutan Syawal kali ini tentunya meninggalkan kenangan manis buat aktres cantik, Fouziah Gous yang sudah menjadi tunang kepada Zhafran Yusof sejak Jun lalu.

Apatah lagi, Ramadan dan Syawal kali ini adalah yang terakhir buat Fouziah dengan status anak dara.

"Insya-ALLAH ini Ramadan dan Syawal terakhir saya dengan gelaran tunangan orang. Rasa seronok juga apabila menyambut raya dengan gelaran tunangan orang.

"Bagaimanapun kami sebenarnya masih belum menetapkan tarikh perkahwinan, tetapi yang pastinya akan dilangsungkan tahun ini juga. Bila segalanya sudah pasti, barulah saya akan maklumkan kepada media," katanya.

Menurut Fouziah, sepanjang Ramadan lalu, dia hanya membuat persiapan untuk berhari raya dan tidak sempat lagi membuat persiapan perkahwinan kerana sibuk dengan penggambaran.

"Saya membuat persiapan sesederhana mungkin kerana pada hari raya apa yang penting adalah bermaafan dan kunjung mengunjungi," katanya yang sudah melihat beberapa pakej perkahwinan dan akan menetapkan perkhidmatan mana selepas raya ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers