Unic teruskan perjuangan

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Unic, teruskan, perjuangan
Unic yang kini dianggotai Fadzli, Bazli dan Fakhrul. Foto ColorWarna Photography.

Unic teruskan perjuangan


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Unic, teruskan, perjuangan
Album Doa dilancarkan Unic, malam tadi.

NAMA Unic pernah menjadi sebutan sejak kemunculan mereka pada tahun 2002. Meskipun berlaku pertukaran ahli sebelum ini, ia tidak membantutkan perjuangan mereka dalam berdakwah melalui muzik.

Beberapa lagu dendangan Unic tetap menjadi siulan sehingga ke hari ini. Antaranya, Hanya Tuhan Yang Tahu, Balqis dan Ainul Mardiah.

Terbaru, mereka kembali dengan album Doa yang memuatkan 18 jenis doa termasuk Doa Dhuha, Doa Tahajjud dan Doa Taubat serta dua lagu Ya Hanana dan Ikramul Kareem.

Unic yang kini dianggotai Ahmad Fadzli, Bazli Hazwan dan Fakhrul Radhi akui tidak menolak sekiranya berlaku pertambahan ahli dalam tempoh terdekat.

“Semuanya bergantung pada keadaan. Ada juga yang kami intai tapi nak cari yang betul-betul sesuai bukannya mudah.

“Nak cari yang boleh beri komitmen sepenuhnya, jaga sikap, akhlak yang baik serta ikhlas. Itu tak mudah,” kata Fadzli.

Tambah Fakhrul, “ramai yang sanggup senang bersama tapi tak sanggup susah bersama.”

Dalam perkembangan lain, Unic memberitahu undangan selain bulan Ramadan lebih meriah berbanding bulan Ramadan itu sendiri.

Ini menepis tanggapan kumpulan nasyid hanya laku pada bulan Ramadan dan Syawal sahaja.

“Institusi nasyid ini masih berjalan dan nasyid merupakan antara pasaran yang besar.

“Bukan bulan Ramadan saja kami banyak menerima undangan persembahan. Bulan lain lebih banyak sebenarnya undangan yang kami terima,” katanya.

Unic juga sudah hampir dua tahun menubuhkan syarikat sendiri yang diberi nama Unicdotmy Pro Sdn Bhd.

Berkongsi tentang perancangan Unic pada Hari Raya Aidilfitri kelak, Unic akui mengambil peluang bercuit pada hari raya untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga masing-masing.

“Kami perlu utamakan keluarga dahulu tapi hari raya pertama kali ini saya tak dapat beraya bersama keluarga kerana perlu bertugas siaran langsung di TV Al-Hijrah.

“Tapi selepas selesai, saya akan terus bercuti selama seminggu,” kata Fadzli yang bakal pulang ke Pasir Gudang Johor dan kemudiannya Kelantan .

Berbeza dengan Fakhrul yang berpeluang pulang ke kampung halaman yang terletak di Alor Setar, Kedah tiga hari lebih awal.

“Tahun ini saya dapat balik ke kampung tiga hari sebelum Syawal.

“Pagi raya saya akan jadi imam untuk sembahyang sunat Hari Raya kemudian habiskan masa dengan keluarga,” katanya.

Sementara Bazli masih belum membuat keputusan untuk pulang ke mana lagi.

“Saya tak pasti lagi balik mana, sama ada Kedah atau Johor,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers