Melissa Saila |
Melissa Saila Ke mana tumpahnya kuah..
Melissa Saila |
TUGAS melatih anak-anak dalam membentuk akidah yang sempurna bukanlah perkara yang mudah bagi kalangan ibu bapa.
Malah, setiap anak-anak memiliki perwatakan yang berbeza sekali gus memberikan cabaran hebat untuk setiap ibu bapa di zaman ini.
Namun, bagi ibu kepada tiga anak ini, setakat ini dia tidak mempunyai sebarang masalah dalam usaha mendidik permata hatinya ke arah yang terbaik.
Menurut pelakon, pengarah dan penerbit, Melissa Saila atua nama sebenarnya, Melissa Mohd Alias, 41, pada usia ini, anaknya telah dilatih untuk mengerjakan rukun Islam kedua dan ketiga.
"Alhamdulillah, mereka sangat senang dibentuk dan kadang kala, saya tidak sangka mereka mampu mengerjakan ibadah solat dan puasa.
"Bagi anak sulung saya, Noor, 9, dan Zain, 7, sehingga hari ini dia masih lagi berpuasa penuh. Malah, urusan sembahyang pula, tidak perlu diingatkan lagi. Dia sendiri akan melakukan apabila masuk waktu solat.
"Seperti Zahrah, 4, dia juga sering melihat kakak dan abangnya sembahyang dan dengan cara itu, dia sendiri akan turut bersembahyang.
"Menjaga mereka bertiga bukanlah satu tugas yang terlalu sukar dan pergaulannya juga tidak melampaui batas. Mereka sangat mendengar kata, kalau setakat bergurau dan bermain, itu perkara normal bagi kanak-kanak yang sedang membesar," kata isteri Megat Fauzi Shukarnain ini.
Tolak gajet
Tidak seperti kanak-kanak lain, Noor, Zain dan Zahrah tidak didedahkan dengan permainan yang berteknologi canggih seperti telefon dan gajet.
Malah, menurut Melissa, anak perempuannya lebih meminati seni permainan tradisional seperti batu seremban.
Katanya, membesar di kalangan legasi seni membuatkan anak-anaknya lebih cenderung ke arah bidang seni.
Menurut Melissa, dia melihat, darah seni yang mengalir dalam jasadnya itu turut diwarisi anak-anak.
"Mereka bertiga juga meminati lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, R Azmi dan Datuk M Daud Kilau.
"Namun, Noor lebih banyak didedahkan dengan dunia seni saya kerana saya sering membawanya ke set penggambaran dan menonton teater. Selain itu, Noor juga pandai menari tarian tradisional.
"Tidak seperti Noor, Zain memiliki perwatakan yang pemalu dan 'low profil' seperti bapanya. Pun begitu, minatnya terhadap seni tetap ada," katanya yang memilih untuk menguruskan anak sendiri tanpa pembantu.
Raya di ibu kota
Sempena Syawal tidak lama lagi, Melissa turut membuat beberapa persiapan untuk keluarga.
Menurutnya, walaupun hanya beraya di ibu kota, namun segala persiapan anak-anak tetap menjadi keutamaan.
"Sebenarnya, saya jenis yang sangat sederhana ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri kerana kami memberikan nilai teruja itu pada bulan Ramadan.
"Bagi anak-anak, hari raya disambut dengan begitu meriah, sama seperti zaman saya ketika kecil-kecil dahulu.
"Lagipun, ketika ini saya ada beberapa projek mega bersama produksi untuk menghasilkan karya baru. Jadi, Syawal tahun ini tidak terlalu teruja kerana saya sendiri sedang sibuk di pejabat," katanya yang memiliki syarikat produksi sendiri, Kus Semangat Aktor Sdn Bhd.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.