Lisa Surihani inspirasi koleksi Jovian

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Lisa Surihani, inspirasi, koleksi Jovian
Lisa Surihani

Lisa Surihani inspirasi koleksi Jovian


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Lisa Surihani, inspirasi, koleksi Jovian


SELEBRITI terkenal, Lisa Surihani melakukan anjakan baru dalam kariernya apabila berkolaborasi dengan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie.

Bezanya kali ini, Lisa bukan sahaja memperagakan pakaian rekaan Jovian malah turut menyumbang nama bagi setiap koleksi tersebut.

“Alhamdulillah tahun ini, Lisa ada buat sesuatu yang baru dalam kerja Lisa iaitu kolaborasi untuk pakaian dengan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, baju-baju yang dihasilkan untuk kempen raya kali ini dinamakan LS For Jovian atau Lisa Surihani for Jovian.

“Tawaran ini dari Jovian di mana Lisa bukan saja memperagakan pakaian rekaan dia, tapi kolaborasi ini melibatkan diri Lisa untuk turut terlibat sama dalam pemprosesan baju-baju tersebut.

“Rekaan oleh Jovian Mandagie tetapi diinspirasikan dari perwatakan Lisa. Lisa terlibat sama dalam pemilihan material, warna dan sebagainya,” katanya yang turut bertanggungjawab memberikan nama kepada setiap rekaan tersebut.

Tambahnya, “Lisa beri nama dengan nama-nama yang berkait rapat dengan Lisa. Contohnya mak Lisa, mummy Lisa, nenek, sepupu, kawan-kawan baik serta anak-anak buah Lisa.”

Keterujaan Lisa berganda apabila Jovian memberitahunya tentang koleksi raya bagi kanak-kanak.

“Kolaborasi ini bukan saja untuk yang dewasa tapi juga untuk kanak-kanak yang dinamakan Baby Lisa.

“Itu antara satu tarikan yang membuatkan Lisa lebih berminat untuk berkolaborasi ini sebenarnya. Lisa lagi teruja apabila Jovian beritahu akan ada koleksi untuk kanak-kanak,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers