Arja: Biarlah ibu pergi...
Setelah menderita penyakit kanser lelangit sejak 13 tahun lalu, ibu kepada pelakon kacak, Arja Lee, menghembuskan nafas terakhir pada jam 4 pagi, Jumaat lalu.
Menurut pelakon drama, Miziku Kuza, ini, ibunya, Salmah Aziz, 60, meninggal dunia di Palliative Care Unit (PCU), Hospital Selayang, di sisi anak-anak.
"Saya bersyukur sangat kerana penderitaan ibu saya berakhir. Sudah lama dia menderita penyakit ini.
"Sebelum ini, doktor sudah memberitahu agar kami memenuhi segala permintaannya kerana kanser itu sudah berada di tahap kritikal.
"Malah, sejak beberapa bulan lalu, kanser itu sudah merebak ke bahagian lain dan dia tidak boleh bercakap," katanya yang mengakui kondisi ibunya bertambah tenat sejak tiga minggu lalu.
Jenazah Allahyarhamah disembahyangkan di Surau Al-Syakirin, Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras dan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana selepas solat Jumaat. Walaupun sedih akan kehilangan ibu tercinta di penghujung Ramadan, namun, Arja atau nama sebenarnya, Azharudin Ramli, 30, bersyukur kerana ibunya pergi dalam bulan yang mulia.
"Sebelum ini, kami adik beradik telah memberikan segala yang terbaik buat ibu. Jadi, ia tidak terlalu ralat dan pemergian ibu pastinya dirindui," katanya hiba.
Allahyarham sebelum ini dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Namun setelah kanser itu dikesan telah merebak ke bahagian lain, arwah dipindahkan ke Hospital Selayang sejak Disember tahun lalu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.