Kilafairy sengaja diamkan diri?

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Kilafairy, sengaja, diamkan, diri
Kilafairy


Kilafairy sengaja diamkan diri?




Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Kilafairy, sengaja, diamkan, diri


"SAYA bagi pihak Kilafairy merasakan tidak perlu untuk menjawab perihal video atau gambar kerana mulut orang memang kita tidak boleh tutup. Buat baik pun orang kata, buat jahat pun orang mengata. Jadi baik Kila diamkan sahaja," ujar pengurus aktres dan penyanyi, Kilafairy.



Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Kilafairy, sengaja, diamkan, diri
Kilafairy


Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun, Kila kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah telefilem dan enggan melayan segala kritikan berhubung dirinya.


"Tak guna lagi untuk memberikan sebarang kenyataan kerana orang dah cakap macam-macam pasal Kila," katanya.


Kilafairy sebelum ini menerima cemuhan ramai, ekoran tindakan pelakon berbibir seksi itu berkongsi sebuah video di Instagram dengan cuma memakai baju besar hingga ke paras pangkal peha.


Video itu difahamkan dimuat naik bertujuan untuk mempromosikan label pakaiannya yang diberi nama ‘We Are Rack’ dan ketika itu Kilafairy bersama beberapa orang yang lain sedang mengadakan sesi bergambar di studio.


Namun ia mendapat reaksi negatif daripada kebanyakan pengikut Kilafairy di laman sosial berkenaan kerana beranggapan pelakon itu tidak menghormati bulan puasa.



Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Kilafairy, sengaja, diamkan, diri

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Kilafairy, sengaja, diamkan, diri


Tidak berakhir di situ sahaja, terbaru Kilafairy sekali lagi dikritik oleh peminatnya gara-gara berkongsi sekeping foto dengan simbol berbentuk tambah (+).


Foto yang memaparkan wajah seorang wanita bersama seorang lelaki, di mana pelakon tersebut telah memotong gambar berkenaan sehingga menjadi simbol + dan diselitkan dengan caption berbunyi : 'better half.'


Bagaimanapun ada yang beranggapan gambar tersebut kelihatan seperti bentuk salib sehingga menimbulkan pertikaian di kalangan peminat dan pengikut Kilafairy di Instagram.


Sama seperti videonya, Kilafairy turut berdiam diri dengan isu ini.




Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers