RL7: Boy Tersingkir, Tiada Lagi Peserta Solo

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, RL7, Boy, Tersingkir, Tiada, Lagi, Peserta, Solo


KUALA LUMPUR, 8 JUN 2013: Tersingkirnya satu-satu peserta solo yang tinggal dalam Raja Lawak 7 (RL7) iaitu Boy sebentar tadi menyaksikan kesemua baki lima peserta yang tinggal adalah berkumpulan untuk meneruskan cabaran di RL7.

Boy atau nama sebenarnya Terence Blantocas, 31, berasal dari Tambunan, Sabah, tersingkir selepas mendapat undian terendah berbanding lima peserta lain. Dua lagi peserta yang mendapat undian terendah di atas Boy ialah kumpulan Gamat dan Sakan.

Pengumuman penyingkiran Boy dilakukan oleh salah seorang juri tetap iaitu Saiful Apek.

Gelanggang Raja Lawak 7 minggu kesembilan malam tadi bertemakan `Jurujual dan Radio`. Setiap peserta diminta membuatdua persembahan berdasarkan dua tema tersebut dan cabaran masih terbuka kepada semua peserta yang tinggal memandangkan masih belum ada peserta yang benar-benar mendominasi pentas.

Sementara itu, kejutan diumumkan malam tadi iaitu mulai minggu ke 10 dan ke 11 yang akan datang, kumpulan Jambu akan menggantikan Jozan buat sementara sebagai hos program ini.

Gelanggang RL7 minggu kesembilan telah bersiaran dari Studio FINAS, Hulu Klang dan dipancarkan secara langsung ke Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134). Dato` AC Mizal, Saiful Apek dan Isma Alif tampil sebagai juri tetap program ini.

Teruskan mengundi peserta kegemaran anda untuk menyaksikan mereka bakal beraksi di pentas akhir Gelanggang Raja Lawak 7 yang akan berlangsung dua minggu dari sekarang.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers