LOS ANGELESE, 8 MEI 2013: Kalau sebelum ini pelakon Legally Blonde, Reese Witherspoon sering disanjung dan dipuja kerana bakat yang ada padanya serta kredibilitinya sebagai aktres gred A berstatus baik, namun segalanya berubah selepas insiden dia ditangkap memandu dalam keadaan mabuk bersama suami tercinta, Jim Toth di Atlanta Georgia pada pertengahan April lalu.
Perilaku ala Diva Reese Witherspoon terhadap anggota polis sewaktu malam tangkapan itu berlaku, nampaknya telah menjadi bahan jenaka di mana-mana sahaja ketika ini. Ia dek kerana soalan yang dikemukakan Reese Witherspoon terhadap salah seorang anggota polis yang berbunyi: "Do you know my name, sir?".
Malah disebabnya soalan tersebut serta helah Reese Witherspoon yang cuba digunakannya untuk mengelakkan diri daripada disumbat di dalam lokap, dia telah menyebabkan ramai peminat tidak berpuas hati sikapnya sebagai seorang seorang bintang filem yang menjadi role model terhadap masyarakat.
Namun apa yang pasti, status Reese Witherspoon sebagai pelakon kesayangan ramai di Hollywood langsung tidak membantu daripada menjadi mangsa tahanan pihak polis di Georgia, Atlanta.
Akibat memandu dalam keadaan mabuk, mereka berdua telah ditahan oleh pihak polis selain terpaksa membayar denda, sementara suaminya perlu menjalankan aktiviti khidmat masyarakat selama 40 jam kerana kecuaiannya memandu dalam keadaan mabuk..
Menerusi rakaman video pihak polis yang tersebar di internet juga mendapati, Reese Witherspoon telah menggunakan helah bahawa dia sedang hamil bagi mengelakkan sebarang tindakan dikenakan terhadapnya dan suami.
Tapi apa yang pasti, semuanya sudah terlambat. Reputasi Reese Witherspoon telah tercalar atas kesilapannya sendiri.
Bagaimanapun bagi menjernihkan keadaan, pada 2 Mei lalu perangkul Anugerah Academy itu telah tampil secara berani menerusi rancangan bual bicara popular, Good Morning America bagi meminta maaf di atas tindakannya itu.
Namun kemaafannya tidak terhenti di situ sahaja, kerana ketika sampai di Lapangan Terbang Antabangsa Los Angeles pada 4 Mei lalu, pelakon berusia 37 tahun itu telah mencuri perhatian paparazzi dan peminat dengan penampilannya bersama topi polis yang digayakannya.
Ramai pula yang membuat spekulasi kurang senang terhadap topi yang dipakai aktres berkenaan kerana beranggapan topi itu telah diberi oleh pihak polis kepadanya.
Bagaimanapun sumber daripada pihak polis memberitahu, topi yang dipakai Reese Witherspoon itu bukanlah topi asli pihak polis dan pihak berkuasa di Atlanta tidak pernah memberikan topi itu kepadanya, meskipun sebagai hadiah.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.