Beego-Linda Hashim Sah Bergelar Suami Isteri

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Beego, Linda Hashim, Sah, Bergelar, Suami, Isteri


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2013: Hanya dengan sekali lafaz, pasangan pelakon Beego dan Linda Hashim selamat diijabkabulkan di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju, selepas solat Isyak sebentar tadi sekitar jam 9.25 malam.

Dalam majlis akad nikah tersebut, Linda Hashim, atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran sebanyak RM35,000.

Mempelai dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Wilayah Persekutuan, Mohd Nizam Wahab sambil disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Hashim Ysuof.

Pihak perempuan telah menerima 7 dulang hantaran yang mengandungi sirih junjung, sepasang kasut, seutas jam, sebentuk cincin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan.

Manakala, pihak lelaki pula menerima 9 dulang hantaran yang mengandungi sirih junjung, seutas jam tangan, sepasang baju berjenama Polo, sepasang kasut, sepasang kaca mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan dan set penjagaan diri.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 3 November tahun lalu secara senyap tanpa pengetahuan umum.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan sehari selepas itu di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang bermula pukul 8 malam.

Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga yang hanya mampu bertahan selama 4 bulan sahaja bersama Intan Shahira Mohd. Shahru. Ini adalah perkahwinan kali keduanya.








Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers