Susunan oleh Haswari Ali
LOS ANGELES, 15 APRIL 2013: Pelakon popular bermasalah, Lindsay Lohan buat perangai lagi apabila dia didapati telah datang lewat ke majlis tayangan perdana filem terbaru lakonannya, Scary Movie 5 di Hollywood baru-baru ini.
Tiba lewat 20 minit selepas waktu yang sepatutnya bermula, dia terus meluru ke arah seorang lagi pelakon utama filem berkenaan, Charlie Sheen yang sudah bersedia berada di hadapan pihak media untuk dirakamkan gambarnya.
Ditanya pihak media mengapa dia tiba lewat ke majlis berkenaan, Lindsay Lohan dengan selamba berkata dia sibuk menguruskan dirinya.
Dia juga berkata, dia sedang sibuk membuat persediaan untuk menjalani rawatan di pusat pemulihan selama tiga bulan bermula bulan depan.
Walaupun tiba lewat, Lindsay Lohan bagaimanapun berjaya menarik perhatian puluhan lensa kamera dengan penampilannya yang seksi dan berani di dalam gaun kasual hitam.
Kata Lindsay Lohan kepada pihak media, persalinan yang sepatutnya dipakai untuk majlis berkenaan tertinggal di New York, jadi dia tiada pilihan menggayakan pakaian berkenaan.
Bukan sahaja pihak media dan jurukamera, malahan ratusan peminat menjerit memanggil namannya sebagai sokongan tak berbelah bagi kepada pelakon Mean Girls itu.
Bercakap tentang kemunculan beraninya menerusi program bual bicara terkenal di Amerika Syarikat, Late Show baru-baru ini, Lindsay Lohan sedikitpun tidak berkecil hati dengan lawak jenaka yang dibawakan oleh hos rancangan berkenaan terhadap dirinya.
"Saya langsung tak berkecil hati dengannya (David Letterman). Sudah menjadi tugasnya untuk membuat jenaka. Jadi ianya tak mengapa. Bagi saya dia seorang lelaki yang baik dan saya sangat menghormatinya," katanya ringkas.
Sementara itu Charlie Sheen merupakan individu paling kuat yang menyokong untuk pelakon wanita berkenaan menjalani rawatan di pusat pemulihan.
"Saya seperti mendapat sokongan daripada ahli keluarga sendiri. Adik-beradik, kakak, dan ibu saya sememangnya sangat bermakna dalam hidup saya.
"Saya sangat terharu apabila mereka mengambil peduli tentang saya," katanya jujur.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.