Gwyneth Paltrow Akui Sukar Berkahwin Dengan Pemuzik

London, Hiburan, Artis England, Gwyneth Paltrow, Akui, Sukar, Berkahwin, Dengan Pemuzik


LONDON, 6 MEI 2013: Aktres jelita Gwyneth Paltrow mengakui bahawa perkahwinannya selama 9 tahun dengan pemuzik dan vokalis Coldplay, Chris Martin bukanlah sesuatu yang indah.

"Sukar sebenarnya berkahwin. Ada masanya, anda akan mengecapi saat-sat yang indah dan manis. Ada ketikanya pula, saat-saat yang sukar," katanya kepada majalah Glamour.

Aktres berusia 40 tahun itu juga memberitahu bahawa dia pernah bertanya kepada bapanya bagaimana dia mampu mempertahankan institusi perkahwinannya selama 33 tahun dengan ibunya.

"Kata bapanya, ia adalah kerana mereka tidak pernah mahu bercerai pada waktu yang sama. Jadi, ia membuatkan saya terfikir, jika dua orang insan yang hidup bersama mencampakkan tuala mereka, pasti hubungan dan rumahtangga mereka tidak akan dapat diselamatkan.

"Tapi, seandainya salah seorang daripada mereka saja yang mencampakkan tuala tersebut, pasti tidak akan wujud perceraian tersebut," katanya.

Apapun, Gwyneth Paltrow berkata lagi, dia tidak pernah bertanya kepada Chris Martin di mana dia dan jam berapa dia harus pulang.

"Saya tidak pernah meletakkan sebarang demand ke atas dirinya kerana say a tahu dia adalah seorang lelaki yang sangat berbakat dan telah melakukan sesuattu yang cukup baik kepada dunia," katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers