Ladies Code Berlatih Bersama Ajieb Untuk Single Kedua

Korea, Hiburan, Artis Korea, K-POP, Ladies Code, Berlatih, Bersama, Ajieb, Untuk, Single, Kedua


SEOUL, 21 MEI 2013: Selepas seminggu melancarkan single pertama berjudul Bad Girls di Korea Selatan iaitu pada awal Mach 2013, kumpulan dibawah payung Polaris Entertainment terus melonjak popular.

Malah, kumpulan yang dianggotai 5 gadis seksi iaitu Ashley, RiSe, Sojung, EunB dan Zuny mencipta kejutan kerana sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di program TV popular di Korea Selatan.

Memandangkan lagu nyanyian mereka laris di pasaran, Ladies Code sudah pun mula berlatih dan mempelajari teknik baru untuk lagu mereka yang terbaru.

Menurut sumber, Ladies Code kini sedang sibuk berlatih di M Academy bagi persediaan rakaman lagu terbaru mereka yang masih belum diketahui judul lagunya.

Tambah menarik, Ladies Code tatkala ini sedang berlatih bersama anak tempatan yang baru saja menandatangi kontrak pengurusan di Korea Selatan iaitu Ajieb Rosdi.

Pun begitu, ia bukanlah jawapan sama ada Ajieb bakal berkolaborasi dengan kumpulan ini atau pun tidak. Keputusan duet ini bakal dibuat tidak lama lagi oleh pihak pengurusan Ajieb di sini.

Sebaliknya, Ajieb yang sudah lebih sebulan menjalani pengajian dan latihan di akademi tersebut sememangnya menjalani latihan tarian bersama artis-artis di bawah pengurusan Polaris Entertainment.

Apapun, setiap kali Ladies Code hadir menjalani latihan di M Academy, suasana pusat pengajian tersebut sibuk kerana kebanyakan pelajar berebut untuk mengambil gambar dan tandatangan artis berkenaan.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers