Ia bagi memberi sokongan kepada sembilan ketua UMNO cawangan di Bahagian Teluk Kemang yang dipanggil Lembaga Disiplin UMNO |
Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) meminta ahli UMNO yang sependirian dengannya supaya berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat UMNO.
Seruan itu dibuat bagi menyuarakan sokongan kepada sembilan ketua UMNO cawangan di Bahagian Teluk Kemang yang dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO.
Hebahan mengenainya dimuat naik di laman Facebooknya, meminta mereka yang bersimpati dan menyokong datang ke lokasi berkenaan pada jam 12.30 tengahari, pada Rabu.
Selain itu, mereka juga diminta memakai baju berwarna putih sebagai tanda simbolik.
“Jika anda berkelapangan jom sokong pemimpin kecil yg berjuang utk rakyat ini… ada pemimpin tinggi umno yg perlekehkan Ketua2 Cawangan spt yg kena hadap lembaga disiplin ni… tp pemimpin tinggi ni lupa siapa yg letakkan mereka di situ… #BeraniKeranaBenar,” tulis pengendalinya.
“Buktikan umno bukan parti yang bertunjangkan duit…bangkit anak melayu jangan biarkan bangla menguasai negara kita,” tulis Abu Adli.
Mereka berdepan dengan tindakan itu susulan sidang media pada 24 Oktober lalu yang mendesak supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya meletak jawatan.
Selain sembilan ketua UMNO cawangan bahagian berkenaan, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor turut dipanggil Lembaga Disiplin pada Rabu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.