Kalah ABPBH 2014, Populariti Hafiz Suip Sudah Menurun?

Kalah ABPBH 2014, Populariti Hafiz Suip Sudah Menurun?


KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2015: Tiga tahun berturut-turut merangkul trofi Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), akhirnya Hafiz tewas ditangan rakan baiknya, Akim Ahmad pada ABPBH 2014 yang berlangsung baru-baru ini.

Adakah ini merupakan petanda populariti yang diraih Hafiz semakin menurun? Bertemu dengan jejaka kelahiran Kuching ini di majlis pelancaran lagu OST bagi filem Pilot Café di Redbox, The Gardens Rabu lalu, Hafiz menjawab persoalan tersebut.

Kalah ABPBH 2014, Populariti Hafiz Suip Sudah Menurun?


“Saya akui yang untuk tahun 2015, perjalanan kerjaya saya bergerak agak perlahan. Saya sendiri tidak mahu aktif sangat. Ini kerana saya kini dalam usaha untuk mengumpul material bagi album baru. Jadi saya memang mahu slowdown,” ujar Hafiz.

Mengakui yang dia memperlahankan kerjaya seninya tahun ini, Hafiz mahu mencari sesuatu yang terbaik untuk dijadikan buah tangan terbaru untuk para peminatnya di luar sana.

“Saya agak relaks tahun ini, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Saya mahu mencari material terbaik untuk dimuatkan dalam album terbaru saya nanti. Saya mahu jadikan ia buah tangan bermakna untuk semua peminat di luar sana. Jadi biarlah tahun ini saya bergerak perlahan buat seketika dan saya akan kembali aktif pada tahun hadapan bersama produk baru,” katanya lagi.

Ketika ramai artis solo tampil dengan band mereka sendiri seperti Akim and The Majistret, Faizal Tahir and The Royale FT Force dan Hazama and The Penglipurlara untuk menyuntik elemen berbeza dalam kerjaya mereka, Hafiz pula tidak terfikir lagi untuk melakukan perkara yang sama.

“Bagi saya, untuk menubuhkan sebuah band, saya perlukan komitmen yang sangat tinggi. Bukan sahaja komitmen tinggi, tanggungjawab yang bakal digalas juga besar kerana akan ada ramai ahli dan tidak lagi bergerak secara solo. Saya sendiri rasakan yang saya kurang sesuai untuk tampil dengan konsep band seperti yang dibawakan oleh rakan-rakan lain,” ujar Hafiz mengakhiri perbualan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers