Hafiz Suip Akui Gaya Rambut Baru Undang Tohmahan

Hafiz Suip Akui Gaya Rambut Baru Undang Tohmahan


KUALA LUMPUR, 9 APRIL: Penyanyi lagu Awan Nano, Hafiz Suip mengakui yang imej baru yang ditampilkan olehnya dengan mewarnakan rambut mengundang tohmahan. Hafiz kini tampil dengan rambut berwarna 'ash silver grey' yang dipotong pendek dan kemas semenjak sebulan lalu.

"Saya akui banyak tohmahan yang diterima selepas saya muncul dengan imej baru ini. Bagi saya, semuanya terletak kepada individu masing-masing. Jika saya melenting dengan tohmahan yang diterima, pastinya akan mengundang impak negatif jadi biar saya diamkan sahaja. Lambat laun mereka yang bercakap akan penat dan kita semua akan meneruskan hidup masing-masing," kata Hafiz memulakan bicara.

Hafiz Suip Akui Gaya Rambut Baru Undang Tohmahan


Mahu menampilkan sesuatu yang berbeza dalam imej terbarunya, Hafiz mengambil keputusan untuk mewarnakan rambut agar imejnya nampak lain berbanding sebelumnya. Pertama kali mewarnakan rambut, ibu dan ayah serta tunangnya juga terkejut dengan penampilan barunya itu.

"Ibu, ayah dan tunang saya mulanya terkejut melihat saya mewarnakan rambut saya. Ibu dan ayah saya juga sempatlah berleter. Selepas saya menerangkan kepada mereka apa yang saya mahu lakukan, akhirnya mereka sendiri faham. Lagipun warna rambut sebegini juga tidak akan kekal lama," seloroh Hafiz ketika ditemui di majlis pelancaran lagu runut bunyi filem Pilot Cafe di Redbox, The Gardens semalam.

Berkongsi cerita mengenai pengalamannya mewarnakan rambut, Hafiz mendedahkan yang pada awalnya, rambut Hafiz secara tidak sengaja berubah menjadi warna merah.

"Kejadian berlaku ketika saya mahu menggunting rambut di Kuching. Untuk kelainan, saya memutuskan untuk tampil dengan imej baru dan mahu mewarnakan rambut dengan warna 'ash silver grey'. Selepas sahaja proses mewarna selesai, saya sangat terkejut rambut saya berubah menjadi warna merah. Saya rasa tidak puas hati, tetapi untuk bertekak, saya rasa malas, jadi saya putuskan untuk ke salon lain selepas saya balik ke Semenanjung. Rupanya warna yang digunakan tidak sesuai dengan rambut saya yang mempunyai struktur rambut orang Asia. Jadi di salon Ridzokumura, mereka bleach dahulu rambut saya dan memasukkan warna yang saya mahukan," kata Hafiz mengakhiri perbualan.

iskandarX: kalau takat potong pendek dan kemas tu ok la jugak, tapi dah mcm exactly mcm dalam Hadith Rasulullah S.A.W yg mewarnakan rambut sama warna dengan bulu unta tu dah kenapa? cuba terangkan nak mandi wajib macam mana? solat camna pulak?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers