Antara Corat-Coret Istimewa Ketika ABPBH 2014

Antara Corat-Coret Istimewa Ketika ABPBH 2014


KL, 8 APRIL 2015: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH) 2014 yang kembali bersiaran langsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, malam Ahad lepas menyaksikan buat ketiga kalinya, pelakon Shaheizy Sam, 32, telah diumumkan sebagai Bintang Paling Popular untuk tahun 2014.

Sepanjang 2 jam lebih bersiaran, ABPBH 2014 yang telah dikendalikan oleh 3 pengacara penuh sensasi iaitu Amy Mastura, Sherry Al-Hadad dan AG HotFM yang sentiasa tak lekang dengan pelbagai celoteh mengisi siaran langsung itu. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang.

Disebalik kemeriahan acara itu, pasti terselit sedikit momen-momen menarik sepanjang ABPBH 2014 malam tersebut berlangsung.

Apa yang pasti kehadiran peminat finalis ABPBH 2014 sangat luar biasa dan acara yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highland itu dipenuhi dengan sorakan.

Antara Corat-Coret Istimewa Ketika ABPBH 2014


Murai kongsikan antara corat-coret tentang apa yang berlaku dan kejadian menarik yang berlaku sama ada di belakang pentas mahupun ketika siaran langsung.

- Sebelum pembukaan acara, keadaan sedikit kelam-kabut di laluan 'red carpet' kerana di situlah tempat artis masuk dan di situ jugalah tempat penonton masuk untuk mencari tempat duduk.

- Pakaian selebriti ada yang cantik dan tidak kurang ada yang pakai busana lebih kurang rekaan terdahulu (Opsss!).

- Bakal suami Lana Nodin, David Mckienzie jadi tumpuan kerana begitu segak dan tampan lebih-lebih apabila dia memakai suit.

- Gabungan Lan Pet Pet dan Fad Bocey sebelum acara bermula hiburkan peminat.

- Pembukaan pentas ABPBH 2014 penuh rancak dan bertenaga sememangnya vass!! Lebih-lebih bila Faizal bermain drum, fuh kacak habis!

Aksi hebat Faizal Tahir sewaktu persembahan pembukaan ABPBH 2014.

- Amy Mastura melatah membuatkan penonton tergelak.

- Parodi lagu Havoc Sherry untuk Yuna, Dato' Siti Nurhaliza dan Dayang sememangnya menjadi!

- Ciuman kemenangan (cium mulut) yang diberikan oleh Johan kepada isterinya Ozlynn cetus kontroversi.

- Ramai yang tidak sukakan gandingan Ifa Raziah dan Amelina kerana Ifa terlalu over.

- Adegan Neelofa tolak untuk bersalaman dengan lelaki (pengurusnya) jadi tumpuan namun ramai yang tidak perasan Neelofa bersalaman dengan Michael Ang sebelum itu!

- Sewaktu Adira dinobatkan sebagai pemenang untuk kategori penyanyi wanita popular, tunangnya Shahrul Nasrun berdiri dan tepuk tangan tanda sokongan. Sambil mengukir senyuman melihat Adira dari jauh.

- Adira hampir terjatuh akibat terpijak busana yang dipakainya.

- Suasana di Arena of Stars sedikit cemas apabila pasukan paramedik bergeges ke tempat duduk penonton yang pengsan. Penonton itu kemudiannya diusung dan dibawa keluar dengan selamat.

- Ucapan Abam Bocey jadi trending iaitu hashtag #gemukisawesome #gemukisohsem ! Cayalah Abam!

- Baju ketat kakak kepada pelakon Shaheizy Sam, Zizie Ezette sehingga menampakkan  bentuk pusatnya menjadi bualan ramai dan di troll

- Persembahan penutup biasa-biasa sahaja.

- Semasa post parti ramai selebriti tidak melepaskan peluang untuk menari di tempat yang disediakan khas.

- Ada juga selebriti yang berjalan dari lobi hotel menuju ke lif tanpa memakai kasut. (Mungkin penat sebab seharian memakai kasut tinggi kot?)

- Ada peminat yang sanggup tidur di lobi hotel semata-mata menunggu peluang untuk bergambar bersama selebriti kesayangan mereka.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers