Hafreez Adam Bengang & Malu Dengan Gosip Cinta Izreen Azminda

Hafreez Adam Bengang & Malu Dengan Gosip Cinta Izreen Azminda


KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2015: Selepas aktor Amar Baharin dan Nazrief Nazri, nama pelakon baru, Hafreez Adam pula kini dikaitkan dengan aktres yang memegang status ibu tunggal, Izreen Azminda. Dikatakan sedang rapat, ada pihak yang mendakwa yang Izreen dan Hafreez kini sedang mengenali hati budi masing-masing.

Namun begitu, jejaka yang membintangi drama bersiri Bila Hati Berbicara ini menafikan perkara tersebut.

“Sejujurnya, saya baru tahu gosip itu. Perkara itu hanya gosip sahaja. Saya sendiri tak suka bercerita perihal peribadi. Tetapi untuk isu ini, saya harus memberikan penjelasan. Saya rapat dengan Izreen kerana dia senior dalam dunia lakonan. Dia seorang yang tak kedekut ilmu. Sebagai seorang pelakon baru, saya suka belajar ilmu lakonan dari pelakon senior,” ujar Hafreez memulakan perbualan.

Hafreez Adam Bengang & Malu Dengan Gosip Cinta Izreen Azminda


Malu dengan gosip yang bertebaran, Hafreez juga bengang kerana gosip ini boleh menjatuhkan reputasi Izreen sebagai seorang wanita.

“Saya rasa malu kerana gosip ini keluar. Ianya boleh mendatangkan perkara buruk dalam perhubungan kami sebagai seorang kawan. Saya sendiri tak mahu orang lihat saya sebagai pendatang baru yang mahu mengambil kesempatan. Pihak yang timbulkan isu ini pun tidak harus berbuat begitu. Saya juga bengang kerana apabila gosip ini keluar, reputasi Izreen sebagai seorang wanita terjejas. Kami hanya berkawan, tetapi orang lain salah tafsir. Saya sangat kasihan dengan Izreen, bila ada orang yang rapat dengan dia, terus digosipkan,” katanya lagi.

Ketika ditanya adakah gosip ini membantu untuk menaikkan nama Hafreez sebagai pendatang baru dalam dunia hiburan, peserta pencarian Hero Remaja ini ada jawapan tersendiri.

“Saya tak rasa perkara itu membuatkan orang kenal saya atau melonjakkan nama saya dalam industri hiburan. Saya tak rasa perkara itu memberikan kesan kepada karier saya. Kami hanya berkawan, tak lebih dari itu. Saya sangat hormat dia sebagai senior,” katanya yang ditemui usai Anugerah Bintang Popular BH 2014 baru-baru ini.

Memenangi kategori Artis Baru Lelaki Popular, Hafreez bersyukur dan tidak menjangkakan yang dia berjaya menerima pengiktirafan ini menerusi majlis anugerah yang diberikan atas undian peminat.

“Alhamdulillah, syukur atas anugerah yang diberikan ini. Secara jujur, saya sendiri tak sangka yang saya dapat membawa pulang trofi ini. Saya sendiri sasarkan Hisyam Hamid atau Shukri Yahaya bakal menang kategori ini. Terima kasih kepada semua pihak dan peminat yang menyokong saya selama saya melibatkan diri dalam dunia hiburan,” katanya mengakhiri perbualan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers