Emma Maembong Rimas Dikaitkan Dengan Zizan?
KUALA LUMPUR, 9 APRIL 2015: Setelah mendedahkan yang hubungan cintanya bersama pelakon dan pelawak Zizan Razak putus di tengah jalan, nama aktres Emma Maembong masih lagi dikaitkan dengan Zizan. Adakah Emma berasa rimas apabila masih dikaitkan lagi dengan bekas kekasihnya?
“Saya tidak rasa rimas. Itu sudah jadi lumrah hidup sebagai seorang artis. Kalau saya bukan artis pun, orang masih akan cakap pasal saya. Mulut orang saya tak boleh tutup,” ujar Emma Maembong memulakan bicara.
Menganggap dirinya berada di tengah-tengah, Emma hanya menjalani kehidupannya seperti biasa dan menganggap semuanya adalah asam garam menjadi seorang selebriti.
“Kalau saya bagi kenyataan pun, orang akan cakap yang saya tidak matang. Bila saya tak beri kenyataan pula, orang akan cakap saya cuba larilah, kekwatlah, tak mahu bagi kerjasamalah. Saya berada di tengah-tengah. Senang cerita, saya hanya menganggap perkara itu sebagai lumrah hidup dalam dunia selebriti,” ujarnya lagi.
Jika dilihat sebelum ini, hanya pihak Emma yang tampil dan menjelaskan yang mereka telah berpisah. Ketika ditanya mengenai tindakan Zizan yang tidak pernah membuka mulut dan bercerita mengenai perpisahan mereka, Emma enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
“Saya tak mahu ulas apa-apa kerana itu hak individu. Bila pihak sana tak mahu berikan kenyataan dan berdiam, tidak mengapa, itu hak dia. Bila orang dakwa saya buka aib dia, itu tidak benar kerana saya sendiri tidak pernah membuka cerita dan memberitahu punca mengapa hubungan saya putus. Saya cuma berikan kenyataan yang saya dan dia sudah tiada jodoh sahaja,” kata Emma yang ditemui di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Genting Highland baru-baru ini.
Dikaitkan pula dengan Kamal Adli, Emma menganggap usikan itu sebagai perkara biasa kerana dengan siapa pun dia dilihat, pastinya orang akan menimbulkan spekulasi.
“Bukan dengan Kamal sahaja, malah dengan sesiapa pun. Saya beri contoh, jika saya melalui acara karpet merah ini dengan seorang artis lelaki lain, pastinya orang akan terus mengaitkan saya dengan lelaki itu. Dengan siapa-siapa saya rapat pun, orang akan mengatakan yang saya bercinta. Jadi bagi saya, tidak mengapalah. Saya mahu biarkan sahaja,” ujar Emma.
Dalam perkembangan terbaru, drama terbaru gandingan Emma bersama Aiman Hakim dan Ayda Jebat, Isteri Separuh Masa kini bersiaran di Astro Ria setiap Isnin jam 10.00 malam dan Emma juga bakal melangkah ke set penggambaran drama bersiri arahan Michael Ang, Jodoh Sebelah Pintu bersama Kamal Adli.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.