Hati Shah Iskandar Kini Sudah Dimiliki
KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2015: Sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran aktor yang berasal dari Singapura, Shah Iskandar Mahfuz. Bertemu dengan Shah, 32, pelakon drama bersiri Nasuha ini mendedahkan yang dia kini sedang mengenali seorang gadis tempatan.
“Kini saya sedang mengenali seseorang. Dia bukan berasal dari industri yang sama. Sudah beberapa bulan saya berkawan dengan dia. Dia berasal dari Malaysia,” ujar Shah memulakan perbualan.
Menyenangi sikap gadis itu yang memahami dirinya dan kerjayanya sebagai seorang pelakon, Shah mensasarkan untuk menamatkan zaman bujang sebelum usianya mencecah 35 tahun.
“Saya senang dengan gadis itu kerana sikapnya yang sangat memahami dan tahu membawa diri. Bercakap perihal kahwin pula, saya sendiri sedang dalam proses untuk mengenali hati budinya. Kalau boleh saya mahu sasarkan yang saya akan berkahwin sebelum umur 35 tahun,” katanya lagi yang ditemui usai Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena of Stars, Genting Highland baru-baru ini.
Menerima anugerah Pelakon TV Lelaki Popular untuk tahun kedua, Shah masih merasakan yang dia sedang bermimpi atas pencapaian yang diterima olehnya itu.
“Saya masih lagi rasa yang saya sedang bermimpi. Sekali lagi tuah menyebelahi saya. Walaupun saya kurang keluar dengan produk pada tahun lalu, saya rasakan anugerah ini bergantung kepada ketetapan rezeki dan ini semua adalah hasil undian peminat yang menyokong kerjaya seni saya,” katanya mengakhiri perbualan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.