Pelawak Bukan Gila Seks - Abam Bocey

Pelawak Bukan Gila Seks - Abam Bocey


KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Rentetan daripada isu seorang pelawak yang dikatakan membuat perlakuan lucah dengan beberapa orang gadis, ramai pihak yang mula membuat telahan dan andaian siapakah gerangan pelawak yang dimaksudkan. Isu itu juga membuatkan nama selebriti-selebriti yang terlibat dalam arena komedi terpalit sama.

Bertemu dengan Abam Bocey yang baru sahaja memenangi Anugerah Bintang Popular BH 2014 untuk kategori Artis Komedi Lelaki Popular, jejaka itu memberikan pendapatnya yang tersendiri mengenai kontroversi yang timbul ini.

Pelawak Bukan Gila Seks - Abam Bocey


"Bukan semua golongan pelawak gila seks. Bila cerita ini timbul, banyak individu yang terlibat dalam dunia komedi terpalit sama dan ianya secara tidak sengaja boleh merosakkan nama golongan pelawak. Cerita itu sendiri tidak menyebut nama mana-mana pelawak, jadi banyak andaian yang terjadi. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan kerana seorang individu, semua pelawak terlibat sama," kata Abam memulakan perbualan.

Abam juga kesal kerana disaat golongan pelawak kian diterima ramai dan menjadi perhatian, cerita ini timbul dan boleh menggugat golongan pelawak lain.

"Di saat golongan pelawak sedang diangkat, isu ini timbul. Sayang sekali kerana industri lawak dan komedi baru sahaja mula diterima ramai dengan adanya saluran televisyen khas lawak dan anugerah yang mengiktiraf golongan pelawak. Isu ini tidak seharusnya timbul. Kini ada pula golongan haters yang menyelar pelawak dan mereka menganggap yang pelawak merupakan seorang yang lucah," kata Abam yang ditemui di majlis tayangan filem Hantu Bungkus Ikat Tepi di GSC Nu Sentral malam tadi.

Murai juga sempat meminta Abam untuk menitipkan nasihat untuk pelawak yang melakukan aktiviti yang terkutuk itu.

"Nasihat saya untuk individu yang dimaksudkan adalah supaya dia berhenti dalam melakukan aktiviti yang tidak bermoral itu. Jangan lakukan lagi kerana sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke dalam duri. Perbuatan itu akan menjerat diri sendiri dan bakal menghancurkan karier. Ini adalah untuk kebaikan semua pelawak dan industri komedi kita sendiri," ujar Abam mengakhiri perbualan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers