Dato’ Siti Nurhaliza Semakin Petah Berjenaka Di Pentas

Dato’ Siti Nurhaliza Semakin Petah Berjenaka Di Pentas


Kredit foto Syahirah Roslan (The Rakyat Post)

KUALA LUMPUR, 9 APRIL 2014: Di awal kemunculan Dato’ Siti Nurhaliza di arena muzik negara, ketika itu beliau baru berusia 16 tahun, seorang gadis kampung yang pemalu dan santun budinya.

Selepas memenangi Bintang HMI pada tahun 1995, namanya disebut-sebut seterusnya menjadi fenomena baru terhadap industri muzik negara kerana kerap kali memenangi anugerah di peringkat tempatan mahupun di persada antarabangsa.

Dato’ Siti Nurhaliza Semakin Petah Berjenaka Di Pentas


Sempena menyambut ulang tahun ke 20, kariernya sebagai penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza rmenghadiahkan sebuah Konsert Unplungged yang telah di adakan di Istana Budaya baru-baru ini.

Ternyata konsert itu benar-benar memukau kerana lagu-lagu hits dan popular sewaktu ketika dahulu dipersembahkan semula dengan susunan muzik yang baru dan segar.

Kalau dulu Dato’ Siti Nurhaliza berkomunikasi dengan audiens agak kaku dan terlalu mendatar untuk berinteraksi.

Berbeza untuk konsert kali ini, beliau semakin petah berjenaka dan membuat lawak mengusik peminat-peminatnya dengan caranya tersendiri.

Ketika konsert itu berlangsung, satu slot yang membuatkan penulis meruntun di jiwa kerana sejujurnya Dato’ Siti Nurhaliza tidak lupa daratan.

Demi menghargai komposer yang menaikkan namanya di industri muzik iaitu Datuk Adnan Abu Hassan, beliau menjemput  Adnan naik ke pentas untuk menyanyikan lagu ciptaanya iaitu Jerat Percintaan dan Aku Cinta Padamu.

Walaupun kondisi kesihatan Datuk Adnan belum lagi stabil yang dikhabarkan penghidap penyakit stroke, semangatnya untuk bersama-sama Siti Nurhaliza amat kuat walaupun dipimpin untuk naik ke pentas.

Slot itu berjaya membuatkan penonton di dewan terasa sebak dan hiba, namun jari-jemari Adnan memetik piano membuktikan dirinya masih lagi mampu membuat persembahan dan mengindahkan lagi Konsert Unplugged Siti Nurhaliza.

Siti juga sempat berkongsi pengalamannya bersama Adnan kerana beliau pernah menumpang di rumahnya sewaktu ketika dahulu kerana beliau tiada saudara mara di Kuala Lumpur.

Begitulah personaliti Siti Nurhaliza yang tidak pernah lupa diri, sentiasa berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang membantu melancarkan tanggungjawabnya sebagai penyanyi.

Pada malam itu juga, lebih 20 lagu dinyanyikan secara penuh dan medley, tidak dilupakan kepada 2 penyanyi lelaki popular turut membantu menjayakan konsert ini iaitu Awi Rafael dan Faizal Tahir.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad serta isteri Tun Dr Siti Hasmah turut hadir menyaksikan Konsert Siti, kedatangan pemimpin ulung itu memberi penghargaan yang besar buat dirinya.

Apa-apa pun, Konsert Unplugged 20 Tahun Dato’ Siti Nurhaliza memang terbaik, iringan muzik daripada Aubrey Suwito dan ‘team’ nyata hebat, walaupun berlangsung sehari berjaya membuatkan penonton tersenyum dan gembira.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers