Pelawak Kasanova Itu Bukan Saya - Tauke Jambu

Pelawak Kasanova Itu Bukan Saya - Tauke Jambu


KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2015: Berikutan kontroversi yang mendedahkan mengenai adanya seorang pelawak kasanova dan meminta gambar lucah daripada beberapa orang wanita, ramai pihak membuat spekulasi siapakah pelawak yang dimaksudkan.

Nama salah seorang anggota kumpulan Jambu, Zamatul Amri Zakaria atau lebih senang disapa dengan panggilan Tauke turut menjadi sebutan.

Bertemu dengan Tauke di majlis tayangan filem terbaru lakonannya, Hantu Bungkus Ikat Tepi di GSC Nu Sentral malam tadi, jejaka berusia 39 tahun ini menafikan perkara tersebut.

Pelawak Kasanova Itu Bukan Saya - Tauke Jambu


“Sememangnya bukan saya orangnya. Saya bukanlah pelawak yang dimaksudkan. Teliti dulu segala maklumat sebelum menuding jari kepada saya. Fahami dan baca dahulu betul-betul, barulah akan nampak cerita yang sebenarnya,” ujar Tauke.

Mengakui yang kontroversi ini sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasinya sebagai seorang selebriti, Tauke merasakan yang tidak adil untuk orang menuduh dirinya yang melakukan perkara terbabit sebelum tahu kesahihan cerita.

“Cerita yang keluar telah sedikit sebanyak menjejaskan karier saya. Tak adil kerana bukan saya seorang sahaja yang bergelar pelawak di Malaysia, ramai lagi selebriti yang memegang gelaran tersebut. Mungkin kerana sebelum ini saya pernah dikaitkan dengan perkara sedemikian, orang terus tuduh saya. Jangan tuduh melulu kerana perkara itu boleh menjadi fitnah. Siasat dulu kebenaran cerita,” katanya lagi.

Tauke bakal muncul dengan filem filem Hantu Bungkus Ikat Tepi bergandingan dengan Nora Danish, Yus Jambu dan Abam Bocey bermula 9 April ini. Selain itu, Tauke kini mengendalikan segmen SATE bersama Shahrol Shiro dan Adifashla yang ke udara di Era FM setiap Isnin hingga Jumaat, bermula jam 4.00 petang hingga 8.00 malam.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers