Letak Gambar Anak Tiri di IG, Hanez Suraya Mahu Menunjuk-nunjuk?
KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2015: Selepas mendirikan rumah tangga dengan Romie Razin Adilha, aktres tinggi lampai, Hanez Suraya Abdul Aziz dilihat kerap mengemaskini akaun Instagramnya dengan meletakkan gambar dan aktiviti yang dia lakukan bersama dua orang anak tirinya, Putra Adreeshah, 9, dan Putra Rayqashah, 3.
Disebalik mendapat respon positif ramai pihak yang suka dengan kemesraan mereka, Hanez juga tidak terkecuali diberikan komen negatif daripada pengguna media sosial. Ada yang mengatakan Hanez sengaja mahu berkongsi gambar tersebut kerana ingin menunjuk-nunjuk yang dia mesra dengan anak-anak tirinya.
Bertemu dengan pelakon drama bersiri Dalam Hati Ada Taman ini di karpet merah Anugerah Bintang Popular BH 2014, Hanez menerima semua kritikan dan komen negatif dengan tangan terbuka.
“Buat baik orang mengata, buat buruk apatah lagi. Jadi saya menjadi diri sendiri, itu akaun Instagram saya, apa orang nak kritik, saya terima. Semenjak dulu lagi, apa yang saya lakukan, pastinya ada komen negatif. Apa yang saya kongsikan di laman Instagram adalah untuk peminat yang menanti kemaskini terbaru dari saya dan mereka menerima semua itu dengan positif. Pada sesiapa yang melemparkan kritikan dan memberikan komen buruk, saya terima sahaja dan memaafkan mereka,” ujar Hanez memulakan perbualan.
Mengulas mengenai kehidupannya selepas bergelar isteri, Hanez mendedahkan yang dia masih kekok untuk meminta izin suaminya sebelum keluar rumah.
“Alhamdulillah, kehidupan selepas berkahwin semakin lama semakin baik. Perubahan besar saya selepas berkahwin adalah saya masih lagi kekok untuk meminta izin suami sebelum keluar rumah. Dulu biasa hidup bujang, kini saya harus biasakan,” ujarnya lagi.
Berkongsi dengan portal Murai, Hanez mendedahkan yang dia gemar memasak untuk suaminya dan Romie seorang yang tidak memilih dalam soal makanan.
“Saya memang suka memasak. Suami pula suka dengan masakan Melayu, jadi tiada masalah untuk saya meyediakan hidangan buat suami dan keluarga. Dia seorang yang tidak cerewet. Dia memang suka makan nasi bersama lauk-pauk Melayu dan setiap kali tiba waktu makan, dia suka makan di rumah dan mahu mengelak untuk makan di luar,” katanya lagi.
Bakal mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah bersama suaminya, Hanez tidak sabar mahu menjejakkan kakinya ke sana.
“Insya-Allah, kami akan berangkat pada pertengahan bulan April. Sekarang kami sedang menunggu kelulusan visa untuk ke sana. Saya tak sabar mahu ke sana bersama suami. Tiada apa yang saya inginkan selain mahu beribadah di sana dan mahu memohon perkara yang baik-baik sahaja di sana nanti,” katanya mengakhiri perbualan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.