Yusof Haslam: Syamsul Yusof Semakin Pulih Dari Denggi

Yusof Haslam: Syamsul Yusof Semakin Pulih Dari Denggi

Yusof Haslam: Syamsul Yusof Semakin Pulih Dari Denggi

Datuk Yusof Haslam memaklumkan bahawa keadaan anak lelakinya, Syamsul Yusof yang juga turut aktif mengarah kini semakin pulih selepas disahkan menghidap denggi.

Menurut Yusof Haslam, Syamsul dibawa ke hospital oleh isterinya Datin Patimah Ismail selepas mengadu sakit kepala dan suhu badan yang panas selepas dua hari mengalami demam teruk.

“Pada mulanya doktor hanya mengesyaki dia terkena demam denggi, namun selepas sampel darah diambil Syamsul disahkan menghidap denggi.

“Alhamdulillah selepas mendapat rawatan selama beberapa hari ini di Pusat Perubatan Gleneagles, dia semakin pulih.

“Sama-sama kita doakan Syamsul keluar dari hospital sebelum tarikh pernikahannya pada Sabtu, 8 Mac ini,” katanya ketika dihubungi pada pagi Rabu.

Dalam pada itu beliau sempat berseloroh mengenai gurauan Syamsul mahu bernikah di hospital sekiranya masih belum sembuh menjelang hari pernikahannya.

“Harap-harap tak adalah kena bernikah di hospital, banyak benda nak kena bawa nanti,” katanya ketawa.

Apa pula perasaan bakal isteri Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana sebaik saja mengetahui tentang situasi dan keadaan bakal suaminya itu?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers