Hanez Suraya Sedih Dihukum Masyarakat Tanpa Ketahui Cerita Sebenar
Hanez Suraya akui dirinya agak tertekan selepas timbulnya kontroversi ini mengenai isu dia didakwa merampas suami orang sepertimana yang ditimbulkan oleh isteri kepada teman lelakinya, Nurliyana Abd Manan.
“Hubungan mereka sudah bermasalah sebelum saya mengenali Romie. Saya tidak mengganggu rumah tangga sesiapa. Jika mereka masih bahagia, saya tidak akan teruskan hubungan dengannya.
“Sejak awal lagi Romie jujur dengan saya…Dia telah menunjukkan keikhlasan dirinya dan dia bawa saya kenal dengan keluarga dan anaknya.
"Jadi perkara itu buat saya yakin dan dia juga sudah berjumpa dengan keluarga saya,” kata Hanez Suraya yang ditemani peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman dalam sidang media tergempar yang diadakan di Hotel One World, petang semalam.
Tambah Hanez Suraya lagi, sejak kenyataan dikeluarkan Liyana baru-baru ini, ramai yang telah menghina serta mencacinya.
“Saya sedih kerana mereka menghakimi sebelum tahu cerita di pihak saya. Sebab itu saya tampil dengan sidang media ini untuk membersihkan kembali nama saya,” ujarnya.
Menjawab soalan media tentang sama ada pihaknya mahu Nurliyana membuat permohonan maaf atau pun tidak, peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abd Rahman menjelaskan jika perkara itu berterusan pihaknya terpaksa memikirkan tindakan seterusnya.
“Kalau perkara ini berlarutan, baru kami akan fikirkan. Tapi kalau pihak sana rasa mereka sudah bersalah, mereka harus mohon maaf,” katanya.
Dalam pada itu Hanez menambah, perkara ini sudah melibatkan keluarga saya, melibatkan semua orang juga kerana satu Malaysia sudah tahu.
"Dia melakukan ‘pendedahan’ secara terbuka, jadi kalau pihak sana ingin memohon maaf, saya mahu secara terbuka juga.
"Mengenai tempoh pula, pihak saya dan peguam akan melihat dahulu bagaimana situasinya. Kalau mereka enggan memohon maaf, kita akan lihat dulu macam mana, belum tahu lagi," katanya lagi.
memang berlarutan dan macam2 versilah cerita ni jadinya...
ReplyDelete