Kaka Bakal Dedah Kekasih Yang Mengecewakannya Di Murai Isnin Ini!

Kaka Bakal Dedah Kekasih Yang Mengecewakannya Di Murai Isnin Ini!

Kaka Bakal Dedah Kekasih Yang Mengecewakannya Di Murai Isnin Ini!

Kaka Azraff yang popular dengan lagu duet bersama Zizan Razak iaitu Bawalah Ku Pergi akan menemui peminatnya lebih dekat dalam sesi webchat. ArtisChatz@Murai pada 3 Mac iaitu Isnin ini.

Penyanyi yang kini baru sahaja muncul dengan lagu solo, Terpulanglah bakal berada di pejabat Murai untuk ArtisChatz@Murai bermula jam 3 petang hingga 4 petang.

Kaka buat pertama kalinya muncul dengan single solo setelah dua lagunya sebelum ini bergandingan dengan pelawak Zizan Razak.

Terpulanglah ditulis oleh penulis baru Q.Z dan lagu oleh Q.Z& Rafikoncept. Single solo pertamanya itu menceritakan tentang kekuatan atau semangat seseorang  yang ingin bangkit dari kekecewaan setelah berkali-kali di disakiti oleh teman hati.

Adakah lagu itu ada kaitan dengan Kaka? Jika benar, jadi siapakah yang telah mengecewakan hatinya itu? Jom webchat dan bertanyakan sendiri secara peribadi kepada penyanyi ini di ArtisChatz@Murai.

Bagi pelayar dan pembaca Murai yang ingin mengenali lebih rapat lagi dengan selebriti ini, bolehlah melayari Murai pada waktu tersebut dan berinteraksi bersamanya yang akan menjawab segala soalan dan pertanyaan anda.

Jadi jangan lupa buat pembaca Murai semua, kembali ke portal ini pada Isnin, 3 Mac ini pada jam 3 hingga 4 petang untuk beramah mesra bersama Kaka di sesi ArtisChatz@Murai.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers