Puteri Sarah: Nikah Syamsul Yusof Di Hospital Hanya Gurauan

Puteri Sarah: Nikah Syamsul Yusof Di Hospital Hanya Gurauan

Puteri Sarah: Nikah Syamsul Yusof Di Hospital Hanya Gurauan

Puteri Sarah Liyana mengesahkan bakal suaminya yang juga seorang pengarah Syamsul Yusof sudah semakin pulih selepas dimasukan ke hospital kerana disyaki menghidap demam denggi.

Malah, Puteri Sarah berkata berita mengenai  dia dan Syamsul akan bernikah di hospital hanyalah gurauan semata-mata.

“Alhamdulilah, keadaaanya semakin baik dan tidak lah seteruk seperti yang dijangka. InsyaAllah dia akan pulih sepenuhnya sebelum menjelang hari perkahwinan kami.

“Mengenai berita dia akan bernikah di hospital itu hanya gurauan sahaja,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Syamsul Yusof  kini ditahan di Pusat Perubatan Gleneagles sejak semalam selepas disyaki menghidap demam denggi.

Syamsul Yusof dan tunangnya, Puteri Sarah Liyana akan bernikah pada 8 Mac ini di masjid Sri Damansara di sini pada pukul 10 pagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers