Raja Azmi Doa Kebahagiaan Bekas Suami, Jailani Sidek Di Mekah

Raja Azmi Doa Kebahagiaan Bekas Suami, Jailani Sidek Di Mekah

Raja Azmi Doa Kebahagiaan Bekas Suami, Jailani Sidek Di Mekah

Raja Azmi Raja Sulaiman akui telah mendoakan kebahagiaan semua ahli keluarganya, rakan-rakan termasuk bekas suaminya iaitu Jalani Sidek ketika mengerjakan ibadah umrah baru- baru ini.

Raja Azmi berkata dia masih lagi menjalinkan hubungan baik dengan Jalani Sidek dan mendoakan kebahagiaan ruamhantagga bekas suaminya dengan isteri di tanah suci Mekah.

“Sebenarnya, selain mengambil peluang meminta supaya dosas aya diampunkan Allah, saya juga mendoakan kebahagiaan semua ahli keluarga saya serta rakan-rakan ketika di sana

“Malah, saya tidak lupa juga mendoakan kebahagiaan bekas suami saya bersama isterinya. Saya masih berhubungan  baik dengannya,  jadi rasanya tiada masalah untuk saya doakan kebahagiannya juga,” katanya kepada murai.com.my

Raja Azmi ditemui selepas majlis pelancaran single pertamaArja Lee yang berjudul Cerita Pada Mereka yang berlangsung di Istana Budaya.

Produser filem …Dalam Botol itu baru sahaja pulang mengerjakan Umrah pada 23 Februari lalu selama 12 hari bersama rakan-rakannya.

Bercerita pengalaman yang menakjubkan selama dia berada di tanah suci itu, Raja Azmi memberitahu dia telah dipermudahkan oleh Allah untuk mengerjakan solat lima waktu di hadapan Kaabah.

“Pengalaman di sana memang saya tidak boleh gambarkan betapa indahnya kerana perkataan yang selayaknya adalah sesuatu yang boleh mengatasi perkataan indah yang pernah saya rasakan.

“Lebih indah dan ajaib, Allah telah permudahkan saya untuk beribadah setiap kali berkemundangnya azan. Yelah daripada tempat itu sibuk dan kotor, tiba-tiba diberikan ruang yang mudah untuk saya bersolat terutama di kawasan Masjidil Haram iaitu di hadapan Kaabah.

“Peluang ini memang tidak ternilai kerana saya berpeluang solat hampir setiap waktu di Masjidil Haram,” luahnya lagi.

Setelah berpisah dengan Jalani Sidek, Raja Azmi kini berkahwin dengan pemain bass kumpulan rock CRK, Mohd Eddie.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers