Arja Lee Mahu Bidang Nyanyian Seiring Lakonan

Arja Lee Mahu Bidang Nyanyian Seiring Lakonan

Arja Lee Mahu Bidang Nyanyian Seiring Lakonan

Meskipun kerjaya lakonannya sudah pun semakin menyerlah, namun tidak menghalang pelakon Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli untuk menceburi bidang nyanyian secara serius.

Arja Lee yang baru sahaja melancarkan single pertamanya yang berjudul Cerita Pada Mereka berkata sudah tiba masanya untuk dia beri tumpuan dalam bidang itu.

“Sebelum keluar dengan single ini pun, saya memang sudah lama mencuba nasib dalam pelbagai program realiti nyanyian seperti Akademi Fantasia, Auditiion dan Gangstarz tapi mungkin belm rezeki saya dalam bidang nyanyian ketika itu.

“Tapi, sekarang saya rasakan masanya sangat sesuai untuk saya muncul dengan single ini kerana drama Ariana Rose baru sahaja tamat dan drama itu turut memberi impak besar kepada saya. Lantaran itu, saya ambil kesempatan untuk muncul dengan single.

“Namun, saya tidak akan meninggalkan kerjaya lakonan saya begitu sahaja tetapi akan cuba berusaha untuk menumpukannya seiring dengan nyanyian ,” katanya kepada murai.com.my ketika pelancaran single terbarunya baru-baru ini.

Cerita Pada Mereka merupakan lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Keroz Nazri . Manakala muziknya disusun oleh Alfa Booty.

Pelakon drama bersiri popular, Ariana Rose itu menitiskan air mata ketika majlis pelancaran itu berkata dia terharu  dan sedih kerana ibunya yang  kini sudah kembali ke rahmatullah tidak dapat berada di hari bersejarah buatnya.

“Saya paling rapat dengan ibu saya. Ini merupakan sesuatu yang saya dedikasikan untuk dia. Saya bangga kerana akhirnya dapat mengeluarkan single ini hasil titik peluh saya walaupun ibu saya kini berada di alam sana.

“Saya sangat sedih kerana dia tiada disini untuk menyaksikan hari bersejarah buat saya. Saya hanya dapat bayangkan dia ada bersama-sama saya melancarkan single ini,” luahnya lagi.

Comments

  1. setakat ni masih belum berkesempatan lagi dengar arja lee ni menyanyi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers