Hati Siti Saleha Kini Dimiliki Jejaka Portugal

Hati Siti Saleha Kini Dimiliki Jejaka Portugal

Hati Siti Saleha Kini Dimiliki Jejaka Portugal

Siti Saleha,24 mengaku sedang menjalani hubungan mesra dengan seorang jejaka dari Portugal yang telah dikenalinya sejak 8 bulan lalu.

Pengakuan itu diluahkan Siti Saleha sendiri di hadapan beberapa orang wakil media yang menghadiri lawatan ke Chiang Mai, Thailand bersama penerbangan AirAsia  hujung minggu lalu.

Menjawab soalan portal murai.com.my tentang jejaka berkenaan,Siti Saleha berkata jejaka berusia 28 tahun itu menetap di ibu negara dan memiliki kerjayanya sendiri di sini.

“Apa yang boleh saya katakan, dia seorang yang sangat ringkas dan dia langsung tidak mengejar glamor. Pernah juga dia menonton beberapa lakonan saya, tetapi saya sangat terkejut kerana dia suka sangat  mengkritik tentang cara saya berlakon,”katanya sambil ketawa kecil.

Siti Saleha menambah, mereka telah dipertemukan di majlis hari lahir seorang teman rapatnya dan sejak itu mereka mula menghubungi satu sama lain sehingga menjadi cukup akrab sampai hari ini.

Malah apa yang membuatkan Siti Saleha cukup selesa apabila bersama jejaka Portugal itu kerana dia sangat menyokong kerjayanya sebagai seorang pelakon dan boleh menerima dirinya seadanya walau dalam apa juga cara sekalipun.

“Kami masih berkawan dan dia juga turut rapat dengan peminat saya. Kalau ada kesempatan bertemu peminat, dia akan turut ada bersama dan langsung tak kisah.

“Ketika mula-mula berjumpa, saya tak tahu bagaimana untuk memperkenalkan diri saya tetapi saya bermain dengan kata-kata dan apabila dia menonton lakonan saya dalam drama Luh Mahfuz dia cukup teruja.

“Terus terang, saya tidak pernah berjumpa dengan orang yangbaik sepertinya, apatah lagi dia sangat gentleman. Sama sekali berbeza dengan bekas kekasih saya sebelum ini,” katanya berterus terang tanpa berselindung.

Jelas Siti Saleha, sebagai seorang lelaki, pastinya jejaka itu memiliki perasaan cemburu terutama apabila ada adegan berpegangan tangan didalam setiap lakonannya, namun lama-kelamaan semua itu diterimanya dengan positif.

Ditanya adakah mereka akan mengakhiri perhubungan itu dengan jalinan perkahwinan dalam masa terdekat?  Siti Saleha berkata, masih terlalu jauh untuknya memikirkan soal rumah tangga terutama sekali dalam usianya yang masih muda.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana kehadirannya dengan jejaka berkenaan telah mendapat restu daripada keluarga lelaki itu sendiri dan tidak terkecuali daripada keluarganya sendiri.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers