Didakwa Memfitnah, Isteri Kekasih Hanez Suraya Tak Mahu Komen
Isteri kepada kekasih Hanez Suraya iaitu Nurliyana Abd Manan tidak mahu memberikan sebarang komen apabila diminta mengulas mengenai dakwaan memfitnah pelakon itu kerana merosakkan rumahtangganya dengan merampas suaminya.
"Saya minta maaf. Buat masa sekarang saya tidak mahu memberikan sebarang komen," katanya kepada murai.com.my menerusi aplikasi Whatssapp semalam.
Nurliyana diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh suaminya, Romie Razin Adilha dan Hanez Suraya dalam sidang media tergempar yang diadakan di One World Hotel, Damansara petang, semalam.
Dalam sidang media itu selain menjelaskan hal sebenar yang mendakwa Nurliyana telah memfitnah mereka, Hanez turut menuntut permohonan maaf daripada wanita berkenaan kerana telah memalukan serta menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan.
Pelakon Autumn Di Hatiku itu tidak hadir keseorangan sebaliknya ditemani peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman, manakala kekasihnya yang memperkenalkan diri sebagai Romie Razin Adilha juga turut tampil bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.
Terdahulu, Hanez mengakui bakal mengahwini seorang ahli perniagaan yang berusia 34 tahun itu selepas menjalinkan hubungan cinta sejak penghujung tahun lalu.
Namun tak lama kemudian timbul gosip yang mengatakan kekasihnya itu masih berstatus suami kepada seseorang. Kemudian Hanez menafikannya dan akui kekasihnya hanya seorang duda kepada dua orang anak.
Nurliyana yang tidak berpuas hati dengan kenyataan dan tindakan Hanez terus tampil kepada media akui masih sah isteri kepada kekasih Hanez dan menuduh rumahtangganya retak kerana pelakon itu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.