Lupakan Sengketa, Fauzi Dan Lisdawati Mohon Maaf Jika Tak Kembali
Fauzi Nawawi akui sudah melupakan segala sengketa dengan sesiapa sahaja supaya dia kini tenang untuk mengerjakan Umrah bersama isteri, Lisdawati yang mula berangkat ke tanah suci pada hari ini.
"Saya lupakan semua sengketa dan hasad dengki serta caci maki yang dilemparkan kepada saya dan isteri. Saya hanya mampu doakan semoga Allah terangkanlah hati kalian agar dapat melihat kebenaran," katanya menerusi pesanan ringkas SMS kepada murai.com.my
Pasangan ini bakal mengerjakan umrah selama 12 hari di tanah suci, Mekah
Sengekata antara Fauzi dan isteri bersama Sharnaaz masih lagi belum selesai apabila pelakon ini sendiri tidak mahu memenuhi permintaan hero Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu untuk membuat permohonan maaf kepada ibunya.
Bagaimana pun, Fauzi Nawawi ingin memohon maaf kepada semua yang mengenalinya atas segala kesilapan yang dilakukan olehnya dan isteri jika mereka meninggal dunia di sana.
"Jika saya dan isteri pergi tanpa kembali maafkanlah segala kesilapan kami," luahnya ringkas.
Lisdawati terdahulu mendakwa telah diserang oleh Sharnaaz di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut di Kuang pada jam 11 malam, 19 Februari lalu.
Selain diserang, suaminya, Fauzi Nawawi turut mendakwa menerima SMS ugutan daripada aktor itu.
Berikutan insiden berkenaan, Lisdawati dan suaminya, telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.